Belajar Lagi..

Hari ni saya, suami dan Kak Yati Meletop attend seminar keusahawan di Persada JB. Ada 4 sesi.

Sesi pagi belajar dari MITI pasal saham IPO yang diperuntukkan untuk bumiputera.

Pastu belajar dari MyIPO dpasal trademark.

Pastu belajar dari HDC pasal peluang dalam industri halal.

Pastu belajar pasal geran GMBO (yang ni saya tak bagi perhatian sebab dah dapat).

 

Seronok sangat belajar. Yang tak tahu, jadi tahu. Dan yang dah tahu, jadi makin tahu.

 

So tadi dah register dengan MITI. Pastu dah tanya pasal nak buat trademark. Pastu dah ambil borang untuk join Seminar Usahawan Siswazah MITI.

Macam best jugak program ni. Tapi untuk tahun ni kursus kat Semenanjung dah full. Tinggal kat Sabah & Sarawak je.

Tapi rasa cam nak pergi jugak. So insyaAllah dalam masa terdekat nak hubungi diorang untuk mendaftar.

 

Dari hari ke hari, minat nak menceburkan diri dalam bidang makanan makin membuak-buak. Dan hari ni bila dengar peluang luas dalam industri Halal, makin bersemangat.

Tadi jugak dah register untuk kursus bisnes makanan dan bisnes homestay.

Tamak betul! Hahaha..

 

Lepas seminar, terus balik dan sampai rumah dalam pukul 5 petang. Sekarang dah 6.20 petang. Kejap lagi nak keluar hantar barang ke butik Benang Hijau di Senai Airport.

Nak settlekan semua urusan sebab esok pagi-pagi nak gerak ke Bangi.

 

Alhamdulillah signboard baru dah pasang. Excited sangat!!!!

One thought on “Belajar Lagi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *