Be Responsible!

Sekarang saya sedang mengopi sorang-sorang.

Sebenarnya hari ni bawa anak-anak keluar berjalan sambil restock barang dapur.

Baru je nak feel shopping, tetiba perut rasa tak selesa dan nak duduk @ baring.

So saya pun keluar dari supermarket dan mencari restoran berhampiran untuk berehat sebentar.

Nasib baik suami sangat memahami dan dah biasa shopping barang dapur sendiri.

Petang ni tetiba rasa nak berceloteh tentang topik tanggungjawab.

Kalau nak berjaya, kita kena bertanggungjawab terhadap hidup kita.

Bukan salah bos sebab tak bagi gaji besar pada kita. Salah kita sebab tak tambah kemahiran dan menjadi pekerja yang penting dalam syarikat.

Kalau dah jadi orang penting, confirm gaji pun besar sebab bos pun risau kehilangan kita.

Maaf bagi contoh orang yang bekerja.

Tak semestinya usahawan positif. Usahawan pun ada je yang negatif.

Bila tak berjaya salahkan supplier. Salahkan pekerja. Salahkan pesaing. Salahkan business partner.

Semuanya salah orang. Diri sendiri tersangatlah maksum dan mulia.

Saya pun kadang-kadang terfikir macam ni. Tapi lepas tu insaf dan mula fikir apa yang boleh saya buat untuk perbaiki keadaan.

Kalau pun orang lain memang terang-terangan salah, pasti sedikit sebanyak kita pun ada salah.

Mungkin kita yang bagi maklumat kurang jelas. Mungkin kita yang tak double confirm. Mungkin kita anggap dia faham 100% apa yang kita nak.

Orang lain pun ada ego macam kita jugak. Dia pun tak rasa dia bersalah.

Daripada membazirkan masa berfikir tentang salah dia atau memburuk-burukkan dia pada orang lain, lebih baik kita fikir macamana untuk elakkan perkara yang sama berlaku di masa akan datang.

Pendek kata, nak berjaya cemerlang, memang kena ambil tanggungjawab sepenuhnya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *