Banyak Mulut Di Pagi Isnin

Selamat pagi Isnin dan selamat bekerja! 🙂

 

Semalam saya dan suami jalan-jalan di Kubang Kerian. Saja nak tengok keadaan Mydin di waktu malam. Boleh tahan meriah dan jalan sesak je walaupun semalam bukanlah hari minggu. So Alhamdulillah. Excited pulak nak start berniaga. 🙂

Punyalah susah nak parking. End up dapat parking yang jauh sikit berdekatan Jakel & Ariani.

 

Alang-alang dah dekat, saya pun singgahlah Ariani. Saya tak pernah beli tudung Ariani sebelum ni. Dan sekarang bila saya sendiri dah berniaga tudung, lagilah tak beli. Tapi bila tengok pelanggan dalam butik Ariani, rasa rendah diri sangat.

Rasa macam sikit sangat koleksi tudung kami. Dan rasa tak sabar-sabar nak tambahkan lagi stok terutamanya untuk shawl plain. Biar ada banyak warna dan boleh gantung ikut tone warna.

InsyaAllah stok kain plain akan sampai dalam masa dua minggu lagi. Serius tak sabar nak penuhkan butik. 🙂

 

Lepas tu jalan-jalan masuk Jakel pulak. Fuhhhh… stress tengok dia punya pilihan kain. Dan jeles tengok diorang markup harga.

Untuk kain yang saya biasa beli, harga sebelum diskaun dah markup dalam 5-6 kali ganda. Kain selepas diskaun pulak markup 3 kali ganda. Jeles sangat!!

 

Semenjak mesin jahit dah bertambah ni, kegilaan terhadap kain bertambah-tambah sebab macam-macam benda boleh dijahit.

Lepas tu singgah Mydin pulak untuk tengok suasana Mydin. Serius ramai sangat orang. Mungkin jugak sebab hujung bulan. Tapi kalau ikutkan semalam hari bekerja di Kelantan. So okaylah tu. Baguslah ramai orang. Kontrak kedai dua tahun. Kalau tak ramai lagilah ngeri. Hihi..

Teringat pulak masa bukak kedai di Tesco Bukit Indah. Dari awal saya datang untuk survey tapak, bayar deposit dan setup kedai, parking kosong memanjang. Memang betul-betul boleh parking berdekatan kedai.

Kat Jusco Bukit Indah pulak susah sangat nak parking. Padahal jarak antara dua tempat ni dalam 1km je. Tapi crowd memang berbeza sangat.

Dan memang betul jodoh saya dengan Tesco tak lama. Kami berniaga dalam 3 bulan macam tu je. Tak berbaloi nak teruskan.

 

Sebelum balik, kami singgah butik tudung Alya Sarah pulak. Dah lama nak singgah tapi tak berkesempatan.

Boleh tahan tudung kat sini. Kualiti okay. Harga berpatutan. Pada saya dia ala-ala Ariani dengan harga yang lebih berpatutan.

Saya pun terbeli tudung Syria satu. Sebelum ni memang jarang pakai tudung Syria. Tapi material tudung dia best sangat. Cutting pun cantik. So cuba jelah. 🙂

 

Balik rumah, suami sambung projek buat inner magic. Alhamdulillah happy sangat dengan hasil. Saya kan wanita normal yang ada banyak inner tudung. Jadi memang cerewet bab-bab inner.

So hari tu memang dah pesan pada suami untuk beli kain cotton lycra yang berkualiti. So semalam bila dah try, memang rasa happy sangat.

 

Mula-mula buat inner magic biasa. Pastu buat inner magic berawning keras. Macam jadi je. Macam boleh jual je. Macam bakal meletop je. Hahaha!!

Tapi projek inner ni kena hold sekejap sebab hari ni nak setup kedai di Mydin dan malam ni nak pindah kiosk di KB Mall.

Takpe, sabar sabar. Tak lari kain-kain tu semua. 🙂

 

Panjang lebar menulis hari ni. Maklumlah mood tengah okay. Hahaha..

 

Okay bye. Sampai jumpa lagi! 🙂

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *