Bangkok Lagi..

Pukul 7 petang semalam saya dan suami bertolak ke Bangi.

Pukul 9.45 malam sampai di Bangi dan makan malam istimewa di Islamic Steakhouse bersama dua orang staf Benang Hijau Bangi iaitu Lina & Sumayyah.

Tujuan makan malam adalah untuk membincangkan tentang pengurusan butik Benang Hijau dan juga untuk memaklumkan tentang gaji dan sistem komisyen yang baru sahaja diperkenalkan.

Lina & Sumayyah sangat bersungguh-sungguh memberikan pendapat untuk memajukan bisnes Benang Hijau. Serius seronok jumpa diorang semalam. Rasa bersyukur sangat dapat staf yang bekerja seikhlas hati dan cuba buat yang terbaik.

Selesai makan saya dan suami singgah bermalam di outlet Benang Hijau Seri Kembangan.

Pukul 5 pagi bangun dan bersiap ke LCCT untuk ke Bangkok bagi event Extravaganza Herbalife.

Pukul 8.45 pagi berlepas ke Bangkok. Selepas dua jam kami sampai di Bangkok. Yang bestnya kami semua menjadi muda satu jam sebab waktu di sana adalah lambat satu jam berbanding Malaysia. ­čÖé

Mula-mula register untuk event di pusat konvension Impact. Walaupun ada lebih 20,000 peserta yang menyertai event ini, tapi proses registration berjalan dengan lancar kerana ada banyak kaunter. Dalam pukul 12 tengahari dah settle.

Kalau ikutkan program, pukul 4.30 ada training untuk Active World Team. Saya dan suami belum layak untuk attend training ni. Kami hanya layak attend seminar pada hari esok dan lusa.

Walaupun yang belum layak tak boleh masuk dewan, tapi sebenarnya boleh dengar dari luar.

Namun mengenangkan 4 jam kami perlu duduk di sana dalam keadaan yang kurang selesa, kami berdua memilih untuk balik ke hotel. Sambil-sambil nak memborong di Pratunam Market. Hihihi..

Kami check in di hotel Ecotel. Hotel ni berdekatan dengan Indra Square. Salah satu plaza borong di Pratunam Market.

Plaza ni banyak peniaga India dan Timur Tengah. Begitu juga dengan pelanggannya.

Kat sini kami jumpa beberapa kedai yang menjual blouse yang cantik-cantik pada harga yang sangat berpatutan.

Selepas membeli belah dan makan petang, kami menuju ke Platinum Mall. Sebenarnya Platinum Mall ni lokasinya betul-betul bertentangan dengan Amari Watergate Hotel yang saya menginap semasa trip Public Mutual pada bulan lepas. Tapi disebabkan jadual yang padat, saya langsung tak berpeluang untuk singgah ke sini.

Gembira sangat bila saya berpeluang untuk datang lagi dan memborong di sini kerana barangan di sini adalah barangan yang berkualiti dan dijual pada harga yang sangat berpatutan.

Kat sini kami jumpa satu kedai baju baby perempuan yang cantik-cantik. Mula-mula nak belikan untuk anak saudara, alih-alih terbeli lebih 30 pasang. Comel sangat!!

Disebabkan dah lenguh kaki, kami balik ke hotel dengan menaiki Tut Tut dengan bayaran sekitar RM15.

Sampai hotel, kami tertidur kepenatan.

Dalam pukul 10 malam kami bangun dan keluar makan malam. Lepas tu singgah ke pasar malam di sekitar Indra Square. Dalam perjalanan balik singgah mengurut kaki dengan bayaran RM20 selama sejam.

Urutan dia memang sangat best. Memang puas hati. Dahlah dapat urutan bahu percuma. Memang rasa best sangat. InsyaAllah malam esok nak try urut satu badan pulak.

So esok akan pergi ke seminar Herbalife. Malam esok mungkin semangat nak buat bisnes Herbalife melonjak-lonjak. Tapi setakat malam ni semangat nak memborong yang lebih. ­čÖé

Kalau seminar esok kurang best, lusa kami plan nak ponteng dan sambung memborong lagi.

Saya pun dah siap survey tiket untuk datang lagi ke Bangkok. Wohoooo!!

Ok bye. Dah hampir pukul 3 pagi. Esok nak kena bangun awal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *