Balik Kampung & Tak Lena Tidur

Kitorang baru lepas balik dari kampung suami.

Dulu 12 jam baru sampai. Sekarang 12 minit dah sampai. Hihihi..

 

Balik kampung dalam pukul 5.30 petang tadi. Mula-mula singgah beli roti canai dulu. Pastu singgah beli ‘Lok Cing’ @ satay ikan.

Dalam pukul 6 lebih baru sampai di kampung.

 

Since dah lewat, suami pun decide untuk solat maghrib kat sana dan balik selepas Isyak.

 

Dekat pukul 10 malam kami balik. Kononnya nak singgah KB Mall untuk ambil duit kedai tapi dah lewat sangat pulak. So singgah esok jelah.

 

Eh gigih pulak cerita aktiviti hari ni. Hihihi..

 

Sebenarnya hari ni sibuk jugak melayan pelanggan online. Hasni (admin online) uruskan order melalui PM dan website. Sementara saya uruskan order melalui Whatsapp dan SMS.

InsyaAllah lepas ni nak keluarkan produk baru -> shooting -> upload -> iklan produk baru setiap minggu atau at least 2 minggu sekali.

Sekarang ni fan di Facebook dah lebih 50,000 dan follower di IG dah lebih 5,000. InsyaAllah lepas ni akan terus komited untuk terus menaikkan fan dan follower di samping terus berusaha untuk menghasilkan produk yang cantik dan berkualiti.

Tak terlalu mudah sebenarnya.

Semalam pun saya tak lena tido memikirkan strategi bisnes. Masa kat Jeram Linang tadi pun sementara tengok anak dan suami bermandi manda saya masih dok berfikir pasal bisnes.

Fikirkan cara terbaik untuk iklan. Nak guna model mana. Patut gunakan khidmat artis ke. Patut jadikan artis sebagai duta produk ke. Nak guna artis mana. Berapa bayaran yang diorang kenakan. Macam-macam bermain di fikiran.

Saya pun dah hubungi beberapa buah studio dan juga artis yang saya rasa sesuai. Sekarang masih dalam proses perbincangan.

 

Bila tengok orang-orang terkenal @ banyak contact dengan artis ternama buat bisnes, macam senang je.

Baru je start, kawan-kawan dah tolong warwarkan. Belum apa-apa, dah ada beribu-ribu follower.

Kita rakyat marhaen ni, kenalah kayuh pelan-pelan. Buat selangkah demi selangkah. Tak pandai, belajar. Tak tahu, tanya. Tak kenal, berkenalan.

Bak kata Dr Niki Syuhada, “Takut takut, buat!”.

Sebab yang membezakan orang berjaya dan orang gagal adalah tindakan.

 

So insyaAllah nak lawan semua perasaan takut, malu, segan, tak pandai, tak ada kenalan, dan nak terus buat yang terbaik. InsyaAllah pasti boleh! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *