Bahaya

Bahaya jugak tulis blog ni kan. Tambah-tambah kalau ramai yang membaca dalam diam.

Kalau dapat tahu siapa yang baca senang. Tapi disebabkan tak tahu, jadi bahaya. Orang yang tak baca sekarang pun, mungkin terbaca di masa akan datang, so bahaya jugak.

Jadi dengan itu tak bolehlah gossip lebih lebih ya. Kalau sakit hati pun, kena pendam je. Kena bersabar. Kena bertenang. Kalau tak tahan jugak, bolehlah mengumpat sikit. Tapi tak boleh tulis kat blog. Hihihi..

 

Alhamdulillah dah selamat sampai di Vietnam bersama seorang Ustaz dari Penang yang merupakan pembaca blog ni.

Segan jugak bila jumpa orang yang dah baca blog kita ni. Sebab dia macam dah tahu banyak pasal kita.

Yang bagusnya, kita pun tak payahlah berlakon kan. Bolehlah menjadi diri sendiri yang banyak cakap. Hihi..

 

Kebetulan jugak satu flight dan satu hotel dengan 4 orang bekas peserta rombongan saya. Kecik betul dunia ni. 🙂

 

So tadi dah settle beli kain pasang dan juga kain-kain untuk blouse dan baju kurung. Tadi pun dah jalan-jalan survey bag.

Basically kalau nak balik hari ni pun dah boleh sangat. Tapi disebabkan ada tanggungjawab terhadap peserta, jadi esok saya akan bawa dia jalan-jalan ke tempat borong kain yang agak jarang dikunjungi oleh usahawan dari Malaysia.

 

Semenjak beberapa hari ni tak cukup tidur kan. So dalam flight dari JB – KL saya tidur. Dalam flight KL – HCM pun saya tido je. Rehat puas-puas supaya ada cukup tenaga untuk memborong. 🙂

Okay bye. Nak rehat dulu!

One thought on “Bahaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *