Bahagiakah Seorang Isteri Kedua?

Sekarang ni kecoh pasal kisah Ashraf Muslim kawin diam-diam dengan Wan Sakinah.

Ramai yang mengutuk macam-macam pada kedua-dua pasangan.

 

Kalau ikutkan, ayah saya pun kahwin dua. Dan saya secara tak langsung melantik diri saya sebagai Presiden Persatuan Anak Isteri Pertama. Hahaha!!

In fact arwah ibu suami saya pun dimadukan. Dan suami saya pun nampak dan sangat bersimpati dengan penderitaan ibunya selepas ayahnya berkahwin dua.

So dulu-dulu memang saya negatif sangat dengan isteri kedua.

 

Tapi bila dah makin dewasa. Dah makin banyak bergaul. Dan kenal macam-macam orang. Semakin hari saya makin bersimpati dengan isteri kedua. Sebab kebanyakan yang saya kenal, diorang ni tak bahagia pun.

Orang kan selalu cakap jadi isteri kedua ibarat “Membina mahligai di atas airmata orang lain”. Tapi yang saya nampak, ianya ibarat “Membina airmata di atas airmata orang lain”.

Sebab sebenarnya mereka tak menang pun lepas kahwin. Si suami masih sayangkan isteri pertama dan si suami akan lebih pentingkan perasaan isteri pertama dan juga anak-anak isteri pertama.

Suami pun jadi makin berlagak. Maklumlah, kalau isteri kedua nak bercerai pun, dia masih ada isteri pertama yang dah lama hidup bersama dia.

Kebanyakan isteri kedua yang saya kenal memang tak bahagia sebab suami jarang balik ke rumah. Ada yang jumpa suami sekejap-sekejap sahaja. Ada yang dah tak jumpa suami berbulan-bulan.

Pendek kata, diorang ni nama je ada suami, tapi hidup macam takde suami.

Mengandung, bersalin, berpantang, sakit, masuk hospital, beraya selalunya tanpa suami di sisi.

Nak bercerita dengan orang di sekeliling, mereka malu sebab mereka sendiri yang cari pasal. Jadi mereka pun lebih banyak pendam perasaan.

Yang bagusnya, ramai juga yang menjadi lebih dekat dengan agama bagi mengisi masa lapang dan juga untuk mengelakkan diri dari terbawa-bawa perasaan sedih.

 

Banyak juga kes yang mana isteri kedua akhirnya bercerai disebabkan suami ada affair dengan wanita lain @ berkahwin dengan isteri ketiga pulak.

Yang kesiannya, diorang ni bercerai pada usia yang agak lewat. Masa isteri kedua dah berumur 40-an dan 50-an.

 

Kesimpulan yang saya nampak, orang yang kahwin dua ni memang gatal. Dan kalau ada perempuan yang sudi, memang akan jadi. Tapi sebenarnya perempuan tu takkan merasa kebahagiaan sepertimana orang yang berkahwin dengan lelaki bujang sebab suami dia bukan hak milik dia sepenuhnya.

Jadi, kepada adik-adik atau para pembaca yang masih dalam dilema samada nak jadi isteri kedua @ tidak, tak payahlah dik. Adik jugak yang akan merana nanti. Sakit hati memanjang.

Suami tak balik sakit hati. Tengok love bite di badan suami sakit hati. Suami tak angkat call sakit hati. Tengok gambar suami dengan isteri pertama sakit hati. Dengar suami bercakap dengan isteri pertama sakit hati. Last-last korang sendiri akan rasa lebih baik korang bercerai je sebab banyak lagi lelaki lain yang single & available dan lebih baik dari suami anda.

Ini bukan kisah rekaan untuk menakut-nakutkan adik. Ini memang kisah benar. Semoga ianya tidak berlaku pada adik.

One thought on “Bahagiakah Seorang Isteri Kedua?

  1. cik

    Saya mengalami keadaan yang sama…tetapi saya belum berkahwin dengannya…apa yang saya perhatikan dia memang xda persefahaman dengan isterinya..hari2 bergaduh..saya jadi lg konfius utk terima atau tidak dirinya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *