Baby Girl + Dominos + Shawl Maryam

Siang tadi dapat panggilan yang menggembirakan.

Adik ipar saya dah selamat melahirkan baby girl seberat 3.9kg.

Masa terima panggilan tu kami sekeluarga tengah bersiap-siap nak keluar ke KB Mall.

Mula-mula singgah makan di Dominos Pizza yang baru dibuka berdekatan KB Mall.

Ali panggil Dominos Pizza ni ‘Pizza Motor’ sebab dulu semasa tinggal di Skudai saya selalu order kat internet dan diorang deliver dengan motor ke rumah.

Ali paling suka Pizza Classified Chicken yang dipanggil Pizza Putih.

Serius ramai sangat orang kat Dominos Pizza tadi. Sememangnya orang Kelantan ni mempunyai kuasa beli yang tinggi. Sebab tu jugaklah kawan saya yang ada kiosk Daily Fresh di KB menjadi Top Franchisee dengan jualan tertinggi di antara semua outlet yang lain.

Menu kat sini pun lain sikit dari Dominos Pizza di tempat lain. Biasanya konsep diorang Take Away tapi kat sini lebih kepada Dine In.

Saya tak pernah makan sup cendawan dia tapi kali ni ada. Maybe tempat lain yang saya pergi sebelum ni memang tempat yang cikai-cikai je kot. Hihihi..

Ali suka sangat. Saya makan dua slice je tapi dia makan 3 slice. Memang hebakkkkk!!

Lepas makan pizza, kami singgah KB Mall sebab saya nak hantar produk terbaru di outlet Benang Hijau iaitu Shawl Maryam.

Shawl Maryam ni best sangat. Dia berbentuk bulat dan sangat senang dibentuk.

Boleh dijadikan tudung labuh. Boleh selempang di dada. Dan boleh juga digayakan seperti tudung berlayer.

Menggunakan material Koshibo, shawl ni memang best sebab tak jarang dan awning dia pun senang menjadi.

Eh terlebih promote pulak.

Tapi serius best. Semenjak beberapa hari ni dok pakai Shawl Maryam je. Tak sabar nak shoot koleksi terkini dan juga tutorial pemakaian shawl ni.

Settle urusan di KB Mall, kami pun balik kampung tengok baby.

Ya Allah comel sangat baby yang baru keluar dari perut mak dia ni. Rasa nak bawak balik je.

Alhamdulillah adik ipar bersalin dengan mudah walaupun sepatutnya due date lagi 8 hari.

Sakit pukul 2 pagi. Pukul 3 pergi hospital. Sampai sana bukaan dah 4cm.

Pastu doktor pecahkan air ketuban dan dalam pukul 4 baby keluar.

Jeles sangat dengar kisah-kisah orang mudah bersalin. Kalau ikutkan Adi dulu pun agak mudah jugak. Tapi tetaplah rasa takut dan ngeri jugak.

Ngeri tapi tak sabar sangat rasanya nak menjaga baby sendiri. Masa pegang baby tadi, naluri keibuan membuak-buak. Dahlah kulit dia lembut sangat. Aduiiii.. tak sabarnya nak bersalin jugak!!!!

Okay bye. Nak tido dulu. Sebenarnya hari ni pun sangat sibuk uruskan order online selepas kami upload koleksi Shawl Nadeera Mac tengahari tadi.

Ada beberapa order di web yang saya belum sempat reply dan akan sambung reply esok.

Alhamdulillah.. bersyukur sangat dengan rezeki melalui bisnes Benang Hijau.

Good night!

2 thoughts on “Baby Girl + Dominos + Shawl Maryam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *