Awal Mengandung Yang Sangat Mencabar

Fuh.. Dah dekat 10 hari tak update blog.

Mengandung kali ni sangat mencabar.

Pening, loya, masuk angin dan rasa sangat penat.

Tak pernah macam ni sekali.

Mujurlah ada kakak-kakak yang memahami dan mujurlah jugak suami pun sangat memahami.

 

Sepanjang minggu lepas, memang tak larat sangat dan memang tak produktif langsung.

Handphone entah ke mana. Laptop entah ke mana.

 

Hari Jumaat tengahari bertolak ke KL dengan suami. Tujuan ke KL adalah untuk uruskan barang yang baru sampai dari Vietnam dan juga untuk sertai rombongan merisik adik lelaki saya di Bentong, Pahang pada hari Sabtu.

Kalau ikut hati, tak larat sangat nak pergi. Tapi gagahkan diri jugak. Suami pun cakap takpelah, awak tidur jelah. Yang penting awak ada kat sebelah saya. 🙂

 

Petang Jumaat sampai di Nilai. Ambil barang di rumah kakak dan hantar ke butik Benang Hijau di Bangi. Pukul 10 malam ambil ayah di KLIA. Dan seterusnya bermalam di rumah kakak di Nilai.

 

Hari Sabtu tengahari gerak ke Bentong. Dalam 150km dari Nilai. Sampai di rumah bakal pengantin dalam pukul 2 lebih so kami terus dijamu makan tengahari.

Masa sedang berbincang-bincang, rasa penat sangat. Rasa nak baring je kat lantai. Tapi mestilah tak sesuai kan. So saya pun control macho je. Dalam hati tuhan je yang tahu.

 

Dalam pukul 3.30 lepas perbincangan dah settle, kami pun balik dan dalam pukul 5 lebih sampai di Nilai. Sekali lagi bermalam di rumah kakak.

 

Petang tadi bertolak balik ke Johor. Dan Alhamdulillah dah selamat sampai di rumah.

 

Tak sabar nak melepasi fasa yang sangat mencabar ni. Nak kembali proaktif, bersemangat dan ceria. 🙂

 

2 thoughts on “Awal Mengandung Yang Sangat Mencabar

  1. Kak Yati

    Mungkin salah satu penyebab cepat penat masa mengandung adalah faktor umur. Yelah……dah masuk 3 series ni kan.Sabar ye. Akak dah rasa. Semoga sentiasa sehat dan dpt baby girl yg comel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *