Atkins + Herbalife..

Sebenarnya sekarang saya sedang berdiet dengan kaedah Atkins diet.

Pada tahun 2009 saya pernah buat Atkins Diet dan berjaya turunkan berat badan 7kg dalam masa seminggu.

Senang je diet ni. Tak perlu berlapar. Cuma kena makan karbohidrat dalam kuantiti yang sedikit.

Masalah saya sekarang adalah saya selalu travel. Bila travel, memang agak susah nak menyediakan @ mendapatkan makanan yang rendah karbohidrat.

Bila saya buat research, terjumpalah blog-blog yang mempromosikan Herbalife. Saya banyak baca yang Herbalife ni sedap, senang disediakan dan berkesan. Tapi saya memang tak berminat. Sebab saya taknak bayar mahal-mahal untuk kurus. Padahal kuncinya adalah kurangkan @ jaga makan. So saya tak berminat.

Tapi bila tengok kandungan karbohidrat dalam setiap hidangan herbalife (sekitar 6g), saya jadi excited.

Sebab saya boleh minum shake herbalife apabila saya travel @ sibuk sangat @ rushing tanpa menjejaskan Atkins diet saya. 🙂

Time tak travel, mungkin tak payah minum. Tapi kalau minum pun bagus jugak, sebab kandungan karbohidrat dan kalori dia rendah. Dan dalam tu pun ada 55 nutrisi kalau tak silap.

Jadi badan tetap mendapat khasiat yang cukup walaupun sedang berdiet. Dengan kata lain saya tak perlu risau baby dalam kandungan tak cukup zat in case saya termengandung semasa sedang berdiet. Ikhlas saya cakap, inilah faktor utama kenapa saya tak berdiet sebelum ni.

Saya nak baby lagi dan saya takut baby yang saya kandung tak dapat zat dan nutrien yang cukup di peringkat awal kandungan sebab peringkat awal tu memang sangat penting. Memang dah setahun lebih saya tak merancang kehamilan sebab saya memang nak baby. Cuma belum ada rezeki.

Masalahnya bila saya tak berdiet, berat badan saya semakin hari semakin bertambah. Saya jadi mudah penat dan kurang cergas. Pada hari Ahad yang lepas, saya dah tak sanggup nak teruskan dalam keadaan macam ni dan terus mulakan Atkins diet. Alhamdulillah setakat ni berat badan saya dah turun sebanyak 2.4 Kg dalam masa 5 hari.

Tadi saya dah beli produk Herbalife sebagai bekal untuk ke Medan. InsyaAllah akan terus kuatkan semangat untuk kawal pengambilan karbohidrat semasa di sana nanti.

Ok bye! Nak peluk baby Ali dulu! 🙂

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *