Apa Yang Perlu Dibuat Jika Ada Orang Memfitnah Atau Memburuk-burukkan Anda Di Internet?

Jangan terlalu sedih seolah-olah anda tidak boleh buat apa-apa.

Sesungguhnya Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai undang-undang dan kerajaan juga telah menyediakan saluran untuk anda membuat aduan.

Dalam hal ini, apa yang anda perlu buat..

1. Jangan buat sebarang kenyataan balas apatah lagi yang berbentuk ugutan.

2. Cepat-cepat printscreen semua fitnah yang dilemparkan terhadap anda.

3. Buat aduan kepada SKMM di sini.. https://aduan.skmm.gov.my/eaduan_c/edaftar.cfm?noeaduan=TRUE&CFID=46965&CFTOKEN=20094526

4. Buat laporan polis.

 

Yang paling penting, janganlah kita yang memulakan fitnah atau memburuk-burukkan mana-mana individu secara terangan-terangan mahupun secara kiasan. Ini kerana, jika kita dibuktikan bersalah kita mungkin akan ditahan reman, dihukum penjara, digantung kerja dan akhirnya maruah kita sendiri yang akan jatuh.

Kita semua hanyalah manusia kerdil yang mungkin akan mati pada bila-bila masa. Jangan  rasa diri kita sahaja yang betul. Fahami bahawa setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza berdasarkan pengalaman hidup peribadi. Kadangkala apabila kita cuba menjatuhkan orang lain, secara tak langsung terserlah kelemahan diri kita sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *