Apa Yang Perlu Dibuat Bila Dapat Tahu Bos Curang?

Berikut adalah komen yang saya terima dari Aparna di entri ini.. Ciri-ciri suami curang

Tahun lepas, kami ada program di Corus Port Dickson anjuran Panasonic.Program tersebut dianjurkan oleh Vendor dan saya tinggal sebilik dengan staf bernama N. Tapi malam tu beliau menghilangkan diri. Subuh pun belum balik. Entah tuhan maha kuasa, pagi itu saya keluar awal, nampak beliau keluar dari bilik hujung. dia tak nampak saya. Setelah kelibatnya hilang, saya pergi ke bilik teresebut. Alangkah terkejutnya saya apabila yang keluar dari bilik tersebut adalah Boss besar.Jika lah isteri beliau yang sangat baik ni tahu, sudah tentu naik pengsan atau naik hantu. Suami yang bergelar haji sanggup membuat perkara sebegini kepada isteri.Semestilah N tidur dibilik ini malam tadi. saya terkedu dan sehingga ke hari ini rahsia masih ada pada saya. Saya bercadang untuk bertemu isteri beliau tetapi tak ada nombor telefon.

 

Macamana ni?

Apa yang patut dibuat?

Patut ke maklumkan kepada isteri? Atau adakah ia akan memburukkan lagi keadaan?

Serius saya pun dalam dilema kalau saya berada dalam situasi ini.

Para pembaca, boleh bagi komen tak apa yang perlu dibuat oleh Aparna?

 

Pada pendapat suami saya, lebih baik diam je. Simpan sahaja rahsia tu sebagai pedoman hidup sendiri dan juga orang terdekat.

Suami saya berpendapat, kalau suami curang dalam diam, maknanya dia masih sayangkan isteri dia.

Wah.. wah.. pendapat dia ni bahaya ni. Macam tak suka kalau rahsia dia didedahkan jugak je.. Hahahha..

One thought on “Apa Yang Perlu Dibuat Bila Dapat Tahu Bos Curang?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *