Apa Khabar Orang Kampung

Malam ni tak makan malam. Pastu di tengah tengah malam ni rasa lapar sangat. Bestnya kalau dapat makan roti canai kat kedai mamak. Dan tetiba teringat kehidupan semasa di Johor.

Lama betul saya menetap di Johor. Dari 1998 sehinggalah tahun 2013. 15 tahun. Hampir separuh usia. In fact dah beli rumah kat sana. Dah suka makanan Johor. Cakap pun mesti ada ‘Ek’ ala-ala orang Johor. Hahhaa..

Bukan senang nak buat keputusan nak pindah ke Kelantan.

Sedih nak meninggalkan rakan-rakan seperjuangan dan juga sahabat yang sangat disayangi.

Dan malam ni teringat kehidupan semasa di Johor.

 

Actually okay je. Takde masalah apa pun. Bahagia je. Nak gi KL dekat. Business pun okay. Cuma penat setiap kali balik kampung suami time raya.

 

Patutlah tak ramai yang suka buat perubahan sebab bukan senang sebenarnya nak berubah.

Sebelum buat keputusan dah sukar. Dan selepas buat keputusan pun selalu dok terfikir betulkah keputusan ni.

 

Tapi sebenarnya Alhamdulillah bisnes bertambah baik semenjak kami menetap di Kelantan sebab kami dah ada tukang jahit sendiri dan sekarang pun dah ada kilang sendiri.

 

Pastu nak dapatkan pekerja di Kelantan pun tak terlalu susah sebab ramai graduate yang tak terlalu memilih kerja asalkan dapat tinggal dengan keluarga di kampung.

Makanan pun sedap-sedap. Dari pagi, tengahari ke malam ada banyak tempat makan yang sedap. Memang takde masalah tak tahu nak makan kat mana.

 

Okay bye. Dah ngantuk sangat dah. Jumpa lagi! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *