Apa Berlaku Bila Kita Sering Mungkir Janji Dengan Seseorang?

Seorang kenalan saya dah banyak kali mungkir janji dengan saya.

Saya tak kisah sangat sebab saya sendiri agak sibuk. Tapi sebenarnya setiap tindakan kita akan ada impaknya.

Bila kita kerap mungkir janji, kepercayaan orang pada kita akan berkurangan.

Dan bila kepercayaan kurang, ia akan memberi kesan negatif terhadap perhubungan.

Menurut buku Speed of Trust oleh Stephen M. R. Covey, kepercayaan boleh meningkatkan prestasi kerja dan memudahkan kehidupan seharian kita.

Memang betul pun kan. Sebagai contoh, kalau majikan percaya pada pekerja, majikan pun tak perlu mengintai apa yang pekerja buat dan majikan boleh fokus dengan tugasan lain.

Dalam rumahtangga pun sama, bila kita percaya pada pasangan, kita akan jadi lebih bahagia dan tak membazirkan masa untuk fikir yang bukan-bukan tentang setiap aktiviti dan gerak geri pasangan kita.

Kepada semua rakan-rakan, hargailah kepercayaan orang pada kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *