Antara Benda Yang Saya Suka..

Adalah bila bangun pagi dan baca emel, SMS atau WhatsApp daripada bakal pelabur atau bakal pelanggan yang nak buat pesanan.

Memang rasa hebat betul kuasa internet ni.

Dulu-dulu memang selalu jeles bila dengar kisah orang yang berjaya dalam bisnes internet.

Tetapi Alhamdulillah, sekarang dah rasa jugak. Dan memang best.

Tapi nak buat duit di internet pun tak terlalu mudah. Saya sendiri banyak melaburkan duit untuk belajar dari segi teknikal dan juga untuk membuat pemasaran di internet.

Kalau tak sanggup nak keluar duit langsung, memang tak ke mana. Sebab dia tak susah. Tapi tak terlalu senang. Cuma bila dah pandai, memang berbaloi-baloi.

Sama juga dalam bisnes unit trust. Tak susah. Tak terlalu senang. Bila dah pandai, memang berbaloi-baloi.

Pagi ni ada seseorang menghubungi saya untuk belajar buat blog dengan saya. Bila dengar saya charge harga RM400, dia kata kenapa mahal sangat.

Sedangkan saya sendiri bayar RM790 untuk mengikuti kursus Perniagaan Internet oleh Irfan Khairi pada tahun 2007.

Masa tu gaji saya sekitar RM2500. Sanggup keluarkan hampir 1/3 daripada gaji untuk belajar.

Masa pergi gigih sangat angkut sekeluarga pergi ke KL. Siap bawa seorang kawan temankan untuk jagakan Adi yang baru berusia beberapa bulan.

Masa tu memang kami tak mampu nak bermalam di hotel. Jadi kami tumpang tidur di rumah anak saudara yang tinggal dengan kawan-kawan yang masih bujang.

Dan suami pun sibuk tanya soalan mencabar,

Berbaloi ke?

 

Yelah bayar mahal-mahal untuk kursus sehari. Pastu pulak kena pergi ke KL naik kereta buruk. Kena bawa kawan tolong jaga baby. Kena tumpang tidur rumah orang.

Walaupun dalam kursus tu tak ajar terlalu teknikal. Tapi pendedahan dari kursus tu membuatkan saya terus belajar dan belajar dalam bidang internet marketing. Sehingga Alhamdulillah saya mampu membuat banyak jualan hanya dengan membuat entri di blog yang tak glamer ni. 🙂

2 thoughts on “Antara Benda Yang Saya Suka..

  1. farrah

    I share the same opinion as you, kakak. Bagi saya ilmu adalah berharga sangat-sangat, dan tak senang nak cari ilmu yang benar-benar boleh memberikan manfaat yang masyuk! Jadi jangan kedekut sangat nak kejar yang free je, the more you invest the more you’ll get in return. Not necessary instantly, but sometimes it takes years. Like you. 2007, and start 2012 masyuk gila untuk perniagaan kain!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *