Anda Rasa Suami Anda Tak Cintakan Anda?

Wah wah sejak melayan drama bersiri ni, jadi jiwang pulak.. 🙂

Salah seorang pelakon sentiasa rasa curiga dengan pasangan dia dan rasa pasangan dia tak cintakan dia.

Dia selalu rasa stress sehinggalah dia berbual dengan seorang pakar psikologi. Dan saya rasa tertarik sangat dengan apa yang disampaikan oleh pakar psikologi tersebut.

Sebenarnya cinta tu subjektif sangat.

Ada isteri yang fikir suami dia tak cintakan dia bila..

a. Suami tak belikan barang yang mahal

b. Suami tak bawa pergi jalan-jalan

c. Suami tak ucapkan rasa cinta

d. Suami tak selalu telefon

e. Suami tak penyabar

f. Suami tak bertolak ansur

g. Suami tak rajin menolong buat kerja rumah

h. dan pelbagai lagi..

 

Tapi sebenarnya erti cinta tu berbeza bagi setiap orang, bergantung kepada pengalaman dan pemerhatian seseorang.

Jadi kalau kita rasa suami kita tak sayang kita, mula-mula kita kena faham dulu apakah erti cinta.

Mungkin bagi kita cinta ni macam ni, tapi bagi suami kita pulak, cinta tu macam tu.

Contohnya kita rasa kalau suami sayang, dia kena selalu cakap. Tapi suami pulak rasa dia dah tunjukkan kasih sayang dengan perbuatan.

Ini kerana mungkin berdasarkan pengalaman dan pengamatan suami, kasih sayang tak perlu selalu dilafazkan, tetapi ditunjukkan dalam bentuk perbuatan.

Yang pastinya, komunikasi antara suami isteri memang sangat penting. Kalau nak bahagia jangan sesekali assume.

Teringat kata-kata bos saya dulu,

Assume = Ass between u and me.

 

Bila suami tak buat sesuatu, jangan anggap suami tak sayang kita. Bila suami tak cakap dia sayang kita, jangan anggap suami tak sayang.

Kalau dia tak sayang, takkanlah dia pilih untuk kahwin dengan kita dan terpaksa tengok muka kita setiap hari kan. 🙂

 

One thought on “Anda Rasa Suami Anda Tak Cintakan Anda?

  1. teruterubozu

    Kalau macam saya, suami di pantai timur, saya dan anak2 di ibukota kuala lumpur. Suami balik sebulan sekali je dan dlm tempoh dia x balik tu dia x pernah pun nak contact tanya khabar saya dan anak2, pernah masa mengandung anak kedua, saya call x angkat, sms x balas padahal masa tu ada kebakaran kat apartmnt saya. Tu yang anak ketiga saya pegi bersalin je dulu baru saya inform dia saya dah selamat bersalin, dia balik keesokan harinya….adakah dia masih sayang saya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *