Anda Gunakan Nombor Hadapan IC Sebagai Password ATM?

Ni nak cerita kisah malang yang menimpa kakak ipar saya buat pengajaran kita bersama.

Alkisah kakak ipar saya pergi KL dari KB menaiki bas. So sampailah pagi-pagi di hentian Putra (kalau tak silap).

Pastu dia pun solat subuh. Dia pergi dengan anak perempuan dia yang berumur 8 tahun.

Sebelum solat, dia bagi anak dia pegang beg dan dah pesan suruh tengok baik-baik. Tapi anak dia pun solehah sangat dan pergi beratur nak ambil wudhu’. Tempat tu dekat je dengan beg. So mungkin dia rasa tak de hal.

Lepas solat kakak ipar perasan zip beg terbukak separuh. Bila cek, didapati purse dalam tu hilang. Dalam purse tu ada duit dekat RM2000.

Rupanya ada seorang perempuan pergi duduk sebelah beg tu. Satu tangan main hp dan satu lagi rupanya merayap masuk dalam beg dan curi purse.

Kakak ipar dah frust sangat tapi tabahkan hati lagi.

Selepas dua hari di KL, kakak ipar balik Kelantan semula. Dia pun pergilah buat IC, buat lesen dan juga pergi buat ATM Card baru.

Rupa-rupanya duit dalam bank pun dah kena curi. Semua dalam bank dalam RM10,000 (3 bank berbeza).

Sebabnya kakak ipar gunakan nombor hadapan IC sebagai password untuk ketiga-tiga kad.

Bila dah jadi macam ni, baru tahu bahawa ramai sangat yang buat macam ni. Konon nak senang ingat kan. Padahal pencuri pun dah boleh agak.

Serius kesian sangat dengan kakak ipar. Dia pun sedang bersedih sangat.

 

Kepada yang membaca kisah ni, harap dapat jadikan pengajaran ya. Gunakan password selain nombor hadapan ic dan yang tidak dapat diagak oleh pencuri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *