Anak Perempuan Gemuk..

Hihihi…

 

Saya baru lepas balik dari check up pregnancy.

Alhamdulillah keadaan saya okay sangat. Bacaan darah semua okay. Tekanan darah okay. Kenaikan berat badan pun okay. Cyst pun dah mengecut kata doktor.

Bersyukur sangat. Mujurlah hari tu saya tak operate.

 

Sekarang kandungan saya dah mencecah 28 minggu. Pada masa ni, berat baby sepatutnya dalam 1kg. Tapi masa ultrasound tadi doktor kata berat baby dalam 1.4kg.

Gelak besar saya dan suami sebab dapat anak perempuan gemuk. Hahahaha!!

 

Kesian baby Yaya nanti. Abang-abang semua hensem tapi dia gemuk. Macamana nak jadi model Benang Hijau ni. Hihihi.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *