Amaran Untuk Anak Dara

Amaran ini khas untuk anak dara samada yang masih belajar atau sudahpun bekerja.

Sila baca baik-baik apa yang ditulis di dalam artikel ini kerana ia mungkin akan merubah hidup anda.

Amarannya adalah : Pastikan anda tidur puas-puas sebelum anda berkahwin dan mempunyai anak!

Ini kerana, bila anda dah berkahwin dan mempunyai anak, anda pasti tak cukup tidur.

Bila anda dapat anak pertama, memang tak cukup tidur. Dapat anak kedua, lagilah tak cukup tidur. Dan makin banyak bilangan anak anda, makin tak cukup tidurlah anda.

Jadi buat adik-adik yang dikasihi, hargailah masa tidur anda. Tidur cukup-cukup. Nak tidur lebih sebagai bekalan di masa akan datang pun boleh. 🙂

p.s : Artikel ditulis pada pukul 4:54 pagi selepas bangun membuat susu untuk Baby Ali yang demam. Pukul 6.30 nak siapkan Abang Iqbal ke sekolah. Pukul 7.30 nak siapkan Abang Adi ke PASTI. Lepas tu mungkin Baby Ali dah bangun tidur dan kena uruskan dia pulak. Ngantukk!!

p.s.s : Nasib baiklah tak kerja kat pejabat. Jadi ada peluang untuk tidur sekejap di waktu pagi. Hehehe..

p.s.s.s : Jadi kepada adik-adik yang inginkan tidur yang mencukupi bila dah ada anak ramai nanti, cari sumber pendapatan kedua supaya suatu hari nanti anda pun sama-sama dapat menjana pendapatan lumayan dari rumah. Tak tahu nak buat apa? Boleh rujuk kat sini. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *