Amaran Kepada Peminat Suami Orang..

Hahaha.. Hari ni saja buat tajuk gempak.

Petang tadi saya dan suami telah pergi shopping sedikit pakaian baru sebagai persediaan untuk melancong ke Guangzhou pada minggu hadapan.

Bukan senang jadi perunding imej suami ni tau. Saya yang lebih sibuk memilih baju untuk dia.

Dan tiba-tiba dapat ilham untuk hasilkan artikel ni sebab saya tahu ada segelintir anak dara yang berminat dengan suami orang yang segak bergaya, berduit dan naik kereta mewah.

Sebenarnya kebanyakan suami jadi macam tu adalah disebabkan isteri yang menjaga makan pakai suami dan turut sama bekerja untuk meningkatkan ekonomi keluarga.

Teringat kisah klien saya yang sedang dalam proses perceraian dengan suami sebab suami ada kekasih lain.

Suami klien saya tu bergaya sakan dengan Honda Accord. Padahal downpayment dan ansuran kereta semua isteri yang bayar. Duit belanja dapur pun isteri yang bagi.

Dan sekarang bila dah berpisah, sang suami yang tak de kerja tetap tu pun dah takde kereta mewah dan takde duit. Saya doakan semoga cinta kekasih baru dia adalah cinta sejati dan tak meninggalkan dia dalam keadaan macam ni. Hahaa.. saja buat ayat sarcastic sikit. 🙂

Kesimpulannya kepada adik-adik yang sedang mencari calon suami, tak payah nak amik jalan short cut dengan mengorat suami orang. Dikhuatiri dapat suami hampeh macam kes klien saya. Masa tu barulah anda tahu betapa ‘bahagianya’ hidup dengan orang yang anda cintai.

 

2 thoughts on “Amaran Kepada Peminat Suami Orang..

  1. surynn

    Sebab itulah salah satu tips yang kaksu dapat dari senior masa awal2 kawin dulu ialah “Jgn mewahkan suami sampai suami lupa diri…”Suami yang kena manjakan dan mewahkan isteri tau…baru la macho! hahahaha! 🙂

  2. Abie

    Kalau kes kat atas ni Honda Accord tu isteri dia yg tanggung. Kalau Honda Accord tu suami dia beli sendiri, bayar sendiri, siap bagi nafkah secukupnya kat isteri, camne plak ? Kira untung la pompuan yg ngorat suami dia tu, kan ? hehehe

    Apa2pun, secara peribadinya say berpandangan, hal2 yg melibatkan hati dan perasaan nih, takkan terjadi sebelah pihak je. Kalau pompuan tu ngorat suami orang dan suami orang tu tak layan, ok la. Yg jadi masalah,,suami orang tu pun melayan gak 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *