Amalkan Sikap Berterima Kasih

Semasa saya makan steamboat dua malam lepas, saya melihat seorang pelanggan yang bercakap agak kasar dengan pekerja di gerai steamboat tersebut.

Mungkin dia rasa pekerja tu tak cekap.

Tapi apa salahnya bercakap baik-baik dengan orang lain. Jangan disebabkan orang tu pekerja gerai, jadi kita rasa kita lebih hebat dari dia.

Hargailah mereka. Ucapkan terima kasih.

 

Kalau boleh ucapkan terima kasih secara lisan. Kalau rasa malu sangat, ucaplah di dalam hati sambil memberikan senyuman manis.

Kepada pekerja gerai,

Terima kasih adik sudi kerja kat sini dan tolong sediakan makanan.

Kepada cikgu tadika anak,

Terima kasih cikgu sudi kerja kat sini dan tolong ajar anak saya.

Kepada peniaga nasi lemak,

Terima kasih makcik sudi buat nasi lemak sedap.

Kepada pekerja yang mengambil sampah,

Terima kasih tolong bersihkan sampah saya.

Kepada teller bank,

Terima kasih tolong memudahkan urusan saya.

Kepada suami,

Terima kasih sudi jadi peneman hidup saya.

Kepada anak,

Terima kasih sebab suka buat lawak dan buat umi ketawa.

 

Pendek kata, hargai setiap orang di sekeliling kita. Kalaulah mereka tak ada, pasti hidup kita pun tak senang dan bahagia.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *