Alumni Saya Pergi Ke Vietnam Hari Ini..

Pada awal bulan Disember yang lepas saya telah pergi ke Vietnam bersama 5 orang peserta.

Saya naik penerbangan MAS dari JB-KL-HCM. Manakala 5 lagi peserta menaiki penerbangan AirAsia dari KL-HCM dan kami jumpa di airport di sana. Tak ada masalah sangat sebab waktu penerbangan pergi dan pulang sama sahaja.

Daripada 5 orang ini, hanya seorang yang saya kenal iaitu Farah. Itupun hanya kenal di internet dan tak pernah bersua muka.

Tapi bila dah jumpa kat sana, semua peserta memang best dan happening sangat. Memang sekepala dan boleh ngam.

Dan bila dah balik Malaysia, kami pun buat group di Whats App dan selalu group chat. Memang group ni sangat supportive dan hampir semua orang ada bisnes online yang makin meletop.

Dulu-dulu sedih jugak tak ada kawan bisnes kain, tapi Alhamdulillah bila saya buat rombongan borong ke Vietnam, secara tak langsung saya dapat ramai kenalan dalam bidang ni. Dan tak wujud pun istilah persaingan sebab masing-masing ada kelebihan dan strategi tersendiri.

Ada jugak alumni yang borong dengan saya kalau mereka tak berkesempatan ke Vietnam. ย Dan ada juga yang kenalkan kawan dan saudara mara mereka untuk membeli di Benang Hijau.

Ada beberapa rakan pemborong otai yang tak galakkan saya buat pakej-pakej rombongan macam ni untuk elakkan persaingan. Tapi pada saya, ilmu bisnes ni melambak-lambak. Tinggal orang nak buat atau tak je.

Setiap kali pergi Vietnam, memang ramai sangat orang Melayu yang datang memborong. Tapi tak ramai yang betul-betul istiqamah nak berniaga.

Hari ni dua orang alumni iaitu Farah dan Fitin pergi ke Vietnam. Kalau ikutkan hati nak sangat pergi dengan diorang, tapi since maid belum sampai, jadi saya tangguhkan dulu. Bila maid dah sampai, insyaAllah bolehlah kembali mengganas dalam bisnes Public Mutual dan bolehlah buat Kembara Kain ke oversea dengan suami. Yeay!!

Lagipun urusan kat Malaysia pun banyak yang belum settle. Nak uruskan kain-kain yang baru sampai dari Vietnam hari ini, nak buat photoshoot untuk kain yang sampai dari China weekend lepas dan nak uruskan order peniaga-peniaga dan juga cikgu-cikgu yang memborong dari kami. Jika ada pelanggan yang membaca post ini, terima kasih atas sokongan anda terhadap Benang Hijau.

Kepada Farah dan Fitin yang mungkin sedang seronok memborong kain di Vietnam, jangan borong semua ya. Tinggalkan yang cantik-cantik untuk akak jugak. ๐Ÿ™‚

 

p/s : Ada yang marah sebab tak sebut nama dia. Hihihi.. Kepada Kak Azie, Kak Mas dan Aini, jangan sedih-sedih sebab kena tinggal ya. Kalau sudi, jom pergi sama-sama minggu depan. ๐Ÿ™‚

 

One thought on “Alumni Saya Pergi Ke Vietnam Hari Ini..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *