Ali

Dulu-dulu risau jugak nama Ali tu kurang sesuai untuk seorang budak kecik.

Tapi bila dah ada anak nama Ali, okay je sebenarnya.

Dahlah Ali pulak jenis peramah dan banyak cakap, kalau pergi mana-mana mesti orang tahu nama dia Ali.

Teringat staf kat pusat servis Honda yang tanya saya, Ali tak datang ke? Padahal sebelum tu saya cuma bawak dia sekali je.

Sama jugak kisahnya dengan seorang Chinese Aunty yang jual kasut depan kedai Benang Hijau di Umall. Padahal saya jarang sangat pergi sana. Tapi masa pergi sana awal bulan hari tu dia boleh panggil nama Ali. Kagum kejap.

Nama penuh Ali adalah Muhammad Ali Arman. Kadang-kadang saya saje je panggil dia Arman, tapi dia kurang suka. Dia suka dipanggil Ali.

Pernah sekali pergi shopping mall dan Ali berlari laju ke depan, suami pun jerit panggil nama Ali, dan tetiba ada sorang pakcik dan isteri dia berpaling. Maybe pakcik tu pun nama Ali jugak. Dan dia pelik siapalah yang jerit panggil nama dia kuat-kuat. Hihihi..

One thought on “Ali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *