Alhamdulillah..

Sepanjang minggu ni sangat sibuk menguruskan order online.

Memang ada assistant. Tapi assistant pun semput. Nampaknya macam assistant pun perlukan assistant jugak. Hihihi…

Petang semalam rasa sakit badan sangat. Tak boleh buat apa-apa. Hanya boleh baring je.

 

Tapi malam tu dah ada appointment dengan studio untuk shoot Jubah Princess Rania.

Dah janji dengan studio, dengan model, dengan Make Up Artist, so takkanlah nak cancel.

Jadi terpaksa gagahkan diri jugak walaupun sebenarnya memang super duper tak larat. Taknak la nanti diorang serik berurusan dengan saya.

Kalau ikut hati geram je dengan salah seorang model. Saya cuma tengok profile di FB. Nampak muka boleh tahan. Pastu minta tolong photographer tanyakan tinggi dia. Photographer cakap 160cm.

Saya nak model tinggi sebab nak shoot jubah. Bila dengar tinggi 160cm rasa okaylah.

Petang tu saya suruh dia singgah rumah saya dulu untuk test saiz baju. Sekali bila dia datang, dia lagi rendah dari saya. Saya budget tinggi dia dalam 155cm macam tu je. Rendah dan agak gempal. Ayoyoooooo!!

 

Saya tanya dia, tinggi awak berapa sebenarnya? Takkanlah awak 160cm sedangkan akak tinggi akak 157cm dan akak lebih tinggi dari awak.

Dia boleh jawab, entahlah kak. Saya tak pasti. Sebab dah lama tak ukur.

 

Sengal tak jawapan.

Macamlah ketinggian berubah-ubah. Dah tentu sama je.

Kalau memang biasa jadi model, takkan tak tahu tinggi sendiri. Ni macam menipu untuk dapat job. Tak suka sangat.

Tapi disebabkan dah commit dengan studio dan MUA, saya teruskan jugak. Selain tu saya pun minta PA saya join sama-sama supaya dapat shoot lebih cepat.

 

Bila dah dapat gambar, nasib baiklah PA saya join sebab PA saya lebih fotogenik dari dia.

 

Hihih.. tak habis-habis dengan masalah model kan. Maklumlah diri sendiri pun tak layak nak jadi model. Kalau layak, dah tak perlu upah model. Hihi..

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *