Alhamdulillah…

Hihihi…

Alhamdulillah hari ni happy sangat.

Pukul 10 lebih keluar bersama anak-anak ke Stesyen KTM Kulai untuk ambil suami. Bagus jugak berjauhan sekali sekala. Rasa rindu lain macam. Hihihi..

 

Pastu singgah IOI Mall.

Kat sini saya jumpa dengan bakal staf Benang Hijau yang akan bertanggungjawab membantu saya menguruskan bisnes Benang Hijau dengan lebih lancar.

 

Lepas tu kami jalan-jalan dan singgah di Mr DIY. Suami saya suka sangat Mr DIY ni sebab ada macam-macam benda dan harga pun murah.

Saya tak suka sangat shopping shopping ni. So saya masuk kejap je. Pastu saya singgah kedai baju berdekatan kedai Mr DIY. Tengok apa barang yang dijual. Berapa harga yang diletakkan. Macamana cara susunan. Dan sembang-sembang dengan staf dia.

Saya cakap awal-awal dengan staf akak tengok je tau dik. Akak ni pun ada kedai baju jugak. Saje nak tengok-tengok. Risau jugak adik tu nanti kecewa kalau saya tak beli.

 

Butik Benang Hijau kat Bangi tu kedudukannya tepi jalan Persiaran Bangi. Ada banyak sangat butik.

Tapi saya rasa bersalah sangat kalau dah masuk butik orang tanpa beli apa-apa. Unless saya kenal owner dan masuk untuk sembang-sembang. Kalau nak masuk menyamar dan berlakon, memang taklah.

Jadi, dengan kata lain, saya memang tak pernah masuk mana-mana butik yang sederet dengan butik saya. Akan datang kalau memang nak beli something, barulah saya akan masuk.

 

Dalam perjalanan balik, singgah farmasi. Nak beli pregnancy test. Hihihi..

 

Sampai rumah, terus cek.

 

Dan Alhamdulillah.. penantian dari awal tahun lepas dah berakhir. Dengan rasminya saya mengandung anak keempat. Wohooooooooooo!!!!

 

Tapi tak la berharap 100%. Kotlah keputusan tu tak tepat ke. So insyaAllah ada masa nanti nak pergi buat check up kat klinik. 🙂

 

Best ooo jadi ibu mengandung. Boleh manja-manja lebih sikit. Boleh mintak nak makan sedap-sedap. Tak boleh buat kerja berat-berat. Suka suka!! Hahaha..

 

Okay bye! Ibu mengandung nak berehat dulu. 🙂

6 thoughts on “Alhamdulillah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *