Alhamdulillah..

Pagi Isnin adalah pagi yang sibuk. Sibuk menguruskan order-order pelanggan yang buat bayaran dari Jumaat, Sabtu & Ahad.

Dalam kesibukan, pukul 2.30 petang pergi ke Taman Sri Pulai untuk berjumpa prospek Herbalife. Alhamdulillah dia sangat positif dan sangat bersemangat nak kurus.

Lepas tu terus pergi ke Tesco Bukit Indah menggantikan suami sebab dia ada hal.

Pukul 9 malam interview pekerja baru di Jusco Taman Universiti sambil-sambil collect duit kedai.

Pukul 10 malam sampai di rumah dan badan rasa penat sangat.

 

Banyak sangat berita gembira hari ni.

Cabaran untuk take over butik di Bangi dah berjaya diatasi dan insyaAllah bermula Jun ini Benang Hijau Collections akan beribu pejabat di Bangi.

Esok baju kurung, blouse dan shawl koleksi terbaru akan sampai. Tak sabar nak shoot gambar shawl. Model pun dah confirm. InsyaAllah esok malam akan shoot.

Dapat offer dari Jusco untuk karnival Pra Ramadhan di Jusco Bukit Indah. Karnival selama seminggu dan dalam tempoh tu jugak ada hari J Card.

Dah dapat pekerja baru yang akan menggantikan pekerja di Jusco Taman Universiti yang akan kembali belajar di UiTM pada awal Jun ini. Dan pekerja baru ni ada banyak pengalaman dalam bidang sales. Dia pun sudi jaga karnival seminggu di Jusco.

Prospek Herbalife beli satu set Start Now Pack. Seronok dapat berkenalan dengan dia sebab dia sangat baik. Bila kami berbual, rupa-rupanya dia adalah kakak kepada seorang Ustaz yang tersohor.

 

Okay bye!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *