Al Fatihah Buat Arwah Fahiza Basir

Semalam semasa saya berjumpa kenalan saya di Cyberport Johor, saya dimaklumkan tentang kematian ‘orang kuat’ MDeC iaitu Puan Fahiza Basir.

Saya mengenali beliau kerana pernah menyertai program Pre Seed Fund yang dianjurkan oleh MDeC pada tahun 2007.

Saya sangat mengkagumi beliau kerana pada saya beliau merupakan seorang wanita yang bijak dan hebat. Beliau juga sangat bersemangat membantu dan memberi semangat kepada usahawan-usahawan IT.

Terkejut sangat mendengar berita kematian beliau disebabkan kanser payu dara.

Hari ni saya google di internet dan saya terjumpa jurnal beliau tentang kanser yang dihidapinya di sini.. http://midgetsjournal.wordpress.com/

Saya rasa sedih sangat bila baca jurnal beliau. Sememangnya kita tak tahu berapa lama masa yang kita ada di dunia ini.

Beliau berpesan supaya kita menjaga kesihatan demi orang-orang yang menyayangi dan memerlukan kita.

Sedih sangat membayangkan nasib anak beliau seramai 4 orang. Yang paling kecik berusia dalam 2 tahun. Tak dapat bayangkan kehidupan Baby Ali tanpa saya.

Sesungguhnya ajal maut di tangan tuhan dan mati itu pasti. Semoga kisah beliau menjadi pengajaran kepada kita supaya sentiasa bersedia menghadapi kematian dan juga menghargai setiap saat yang kita ada.

Jom kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah kepada arwah Fahiza Basir..

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *