Aktiviti 3 Sept

Bagus sebenarnya tulis blog ni. Sebab boleh ingat semula apa aktiviti yang dah dibuat. 🙂

 

So pagi tadi keluar rumah dalam pukul 11 lebih. Singgah Production House meeting dengan department admin. Dalam department ni ada 3 orang yang ambil order (Whatsapp, Website & FB), ada seorang bahagian verify payment, ada sorang bahagian tulis alamat, dan ada 4 orang bahagian sorting.

Antara topik perbincangan tadi adalah untuk pastikan operasi online dapat berjalan dengan lancar selama 7 hari seminggu dan setiap tugas ada staff lain yang boleh cover in case admin yang incharge cuti.

So Alhamdulillah tadi dah settle. Gembira bila ada dua staf yang volunteer untuk jadi backup dan insyaAllah semuanya akan berjalan lancar.

 

Pastu meeting dengan department potong. Department ni adalah department yang penting sebab dioranglah yang akan buat QC kain yang nak dijahit. Kalau kain tu reject, terus letak tepi. Dengan ini, takdelah department seterusnya buat kerja yang sia-sia dan juga mengelakkan tudung yang reject sampai di tangan customer (selepas department menjahit, akan ada satu lagi proses QC sebelum proses melipat).

 

Pastu meeting dengan staf-staf yang akan turut serta dalam roadshow di Terengganu. Bukan senang nak buat roadhsow ni. Banyak benda nak kena fikir. Pengangkutan. Penginapan. Pakaian. Produk. Cara display. Ayoyo…

Dahlah tak tahu lagi feedback macamana. Nak bawak barang sikit, kang terlajak laris macamana. Nak bawak barang banyak, kena fikirkan pengendalian barangan tu pulak.

Tapi takpe, selagi tak buat kita tak tahu kan. So anggaplah ini cari pengalaman. Tapi cari pengalaman pun, tetaplah kena keluar duit dulu ya. Takde belajar percuma ya. Memang kena bayar dulu. Hihihi..

 

Settle urusan di kilang, singgah ambil Abang dan Abang Adi di sekolah pastu terus balik rumah.

 

Tadi dah dapat bil dari Shipping Agent untuk barang-barang yang diborong di Guangzhou.    Kelebihan borong di Guangzhou berbanding Vietnam adalah shipping fee yang lebih jimat. Untuk 1 cbm (cubic meter = lebih kurang 600 pasang baju), kos dari China adalah RM330 manakalah kos dari Vietnam adalah USD300 = RM990).

Pastu kalau dari Vietnam, syarikat shipping cuma satu je (setakat yang saya tahu). Jadi kena redho jelah dengan harga yang ditetapkan. Kalau dari China, ada banyakkkk syarikat shipping. So bolehlah kita demand sikit dan pilih ejen yang kita suka.

Walaupun kos penerbangan ke China lebih mahal berbanding Vietnam, tapi jika kita memborong dalam kuantiti yang banyak, memang kita dapat jimat lebih banyak. Pertama, jimat dari segi harga. Dan kedua, jimat dari segi shipping. Dan satu lagi, design produk kita pun lebih esklusif dan tak sama dengan kebanyakan peniaga pakaian yang beli fabrik @ pakaian siap dari Vietnam.

Semalam buku-buku dari Amazon dah sampai. Exciteddddd sangat. Tak sabar nak belajar. Agaknya kalau dah baca buku-buku ni, mungkin boleh uruskan bisnes dengan lebih baik. Tapi memang kena bersabar sebab buku yang tengah baca pun belum habis. So tahan jelah nafsu tengok buku-buku tu.

 

Okay bye. Nak sambung baca buku. 🙂

3 thoughts on “Aktiviti 3 Sept

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.