Aktiviti 1 Mac 2014

Dah hampir pukul 2 pagi tapi belum boleh lelapkan mata.

So mehlah kita share aktiviti mak buyung hari ni.

Bangun pagi dah sibuk uruskan order sebab hari ni admin online cuti.

Dalam pukul 11 lebih keluar temankan suami yang nak makan Nasi Abe Mie. Kalau kat KB ni memang glamer sangat tempat ni.

Kalau nak datang, kena alas perut sikit sebab nanti nak kena beratur.

Produk utama adalah Nasi Ayam Kukus tapi ada juga disediakan tambahan lauk-lauk lain.

Harga dia tersangatlah berpatutan. Tadi kitorang makan dua bungkus nasi berlauk ayam (dipotong besar) + bergedil + telur sambal, jumlah semua dalam RM12.70 sahaja.

Lepas makan, singgah KB Mall. Sementara staf solat Zohor, sempatlah saya melayan pelanggan.

Seronok pulak rasanya tadi. Dalam setengah jam, saya dapat jual 4 helai shawl.

Suami cakap, aura bos ni lain sikit. Pelanggan pun dapat rasa kemesraan dan kesungguhan bos.

Lepas tu balik rumah dah sibuk isi alamat pelanggan pada borang Poslaju.

Ada lebih 20 borang dan serius lenguh tangan sebab dah lama tak menulis.

Tengah sibuk menulis, stok kain, jubah dan baju kurung lycra terkini sampai. Happy sangat rasanya.

Petang suami sibuk memotong kain sementara saya sibuk packing Bawal Naura untuk diposkan.

Penat tapi rasa puas hati dapat lipat dan bungkus cantik-cantik.

Lewat petang bawa anak-anak keluar makan Edd Lee Fried Chicken. Boleh tahan rasa ayam goreng dia. Setanding la dengan KFC. Dan harga pun sangat murah. Tadi kitorang makan sekeluarga jumlah dalam RM24.

Lepas maghrib berehat sebentar dan lepas Isyak saya sambung uruskan order pelanggan sambil-sambil tengok anak siapkan homework. Dalam pukul 11 lebih jahit shawl sampailah pukul 12.30.

Gigih sungguh rasanya hari ni.

Dan Alhamdulillah sales hari ni pun tersangatlah meletop. Sales online hampir sama dengan jumlah sales butik dan semua outlet.

Kalau dulu jeles sangat dengan orang yang buat duit dari internet, tapi Alhamdulillah sekarang saya pun dah merasa.

Kepada sahabat-sahabat yang berminat nak buat bisnes online tapi masih kurang yakin, mulakanlah langkah pertama.

Semua orang bermula dengan tak pandai. Bila dah buat, barulah jadi pandai. Yang penting mulakan langkah pertama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *