Akhirnya..

Berjaya jugak selesaikan urusan pengambilan Saphira sebagai pembantu rumah saya.

Fuhh… punyalah lama prosesnya.

Kalau yang mengandung, mungkin dah bersalin. 🙂

Kepada yang nak ambil pembantu rumah tanpa menggunakan ejen, meh saya kongsikan caranya. Yang pastinya, kena banyak bersabar. 🙂

1. Cari orang yang sihat dan berumur kurang 45 tahun. – Sep 2012

2. Pergi ke pejabat imigresen bahagian pembantu rumah untuk ambil borang pengambilan pembantu rumah asing. – Sep 2012

3. Buatkan passport dan medical check up. Kena cek dengan website imigresen senarai hospital dan klinik yang dah ditetapkan. Lengkapkan maklumat bakal pekerja di borang. Kat borang ni jugak kena ada saksi seperti ketua kampung @ imam di kampungnya. – Sep 2012

4. Lengkapkan maklumat majikan beserta slip gaji, surat tawaran, sijil kelahiran anak dan sebagainya. Hanya orang yang ada anak atau menjaga orang tua sahaja dan mempunyai pendapatan melebihi jumlah tertentu sahaja yang dibenarkan. Maklumat ni boleh cek di laman web imigresen. – Set 2012

5. Hantarkan borang ke pejabat imigresen beserta salinan passport, gambar dan keputusan medical checkup bakal pembantu. – Oct 2012

6. Tunggu keputusan dari pejabat imigresen. Proses ni ambil masa dalam 2-3 minggu. Keputusan boleh cek secara online. – Nov 2012

7. Bila dah lulus, buat bayaran. Jumlah ni bergantung kepada negara asal pembantu. Untuk Vietnam, dalam RM495. Bayaran dalam bentuk bank draf dan hantar di pejabat imigresen. – Dec 2012

8. Diorang keluarkan surat kebenaran untuk pembantu masuk Malaysia. – Dec 2012

9. Kena pergi ke kedutaan Malaysia di negara asal untuk dia buatkan calling visa. Kalau kat Vietnam, kerajaan dia perlukan pekerja lengkapkan satu borang iaitu permohonan untuk bekerja di luar negara.

Borang ni pulak takde kat pejabat buruh. Kena bayar duit baru dapat. Memang saja nak pau bakal majikan.

Nak dapatkan borang ni, saya terpaksa bayar 200USD = RM600 kepada ejen. Sakit hati sangat dengan proses ni padahal saya semangat pergi ke kedutaaan Malaysia di Vietnam untuk buat sendiri. Rupa-rupanya rasuah teruk sangat kat sana. Kalau tak bayar duit, tak dapat borang.

Bila dah bayar duit, selepas 2 hari semua settle. Pihak kedutaan Malaysia copkan kebenaran untuk pembantu masuk Malaysia menggunakan single entry Visa.- Jan 2013

10. Beli tiket kepada pembantu rumah – Jan 2013

11. Selepas pembantu sampai, ambil pembantu di airport. Bawa semua dokumen yang berkaitan. Hanya majikan atau pasangan boleh ambil. Pasangan kena bawa bukti perkahwinan (kad @ sijil kahwin). – Jan 2013

12. Buat pemeriksaan FOMEMA – Feb 2013

Yang ni pun satu benda senang yang disusahkan. Mula-mula kena pergi ke pejabat FOMEMA. Bagi bank draft atau resit pembayaran secara online. Jumlah berbeza antara lelaki dan wanita. Lepas tu kena pilih nama klinik yang kita nak jalankan ujian.

Lepas tu pergi ke klinik dan buat pemeriksaan.

Keputusan kena cek secara online dalam tempoh seminggu.

13. Bila ujian FOMEMA dah lulus, pergi semula ke pejabat imigresen untuk diorang tampal sticker di passport pembantu rumah.  – Mac 2013

 

Total masa yang saya ambil adalah 6 bulan. Memang menyakitkan hati jiwa dan raga. Dahlah urusan di imigresen bukannya sekejap. Jenuh nak tunggu turn.

Tapi bila ambil sendiri ni kosnya sangatlah jimat. Semua sekali termasuk tiket kapal terbang dalam RM1500 macam tu je.

Gaji yang saya bagi? RM750 sebulan.

 

Okay, sekian terima kasih. Jenuh nak siapkan entri ni. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *