Adakalanya Kelebihan Adalah Kelemahan, Dan Kelemahan Adalah Kelebihan

Beberapa hari lepas seorang rakan UTC telah bertanya kepada saya, apakah perasaan saya bila berjumpa dengan orang yang lebih hebat.

Dulu saya adalah seorang yang sangat cemburu dan akan merasa sangat stress bila berjumpa atau mendengar kisah-kisah orang yang hebat.

Tapi sekarang tak lagi.

Sekarang saya suka bila jumpa orang yang lebih hebat. Kalau saya paling hebat, pastilah saya yang kena jadi Perdana Menteri Malaysia, takpun Presiden US. Oh tidakk!!!!!!!!!!

Tak sanggup nak pikul tanggungjawab yang terlalu besar. Anak tiga orang pun dah pening. 🙂

Jadi takpelah, biarlah ada ramai orang yang lebih hebat dari saya.

 

Saya juga sedar bahawa adakalanya kelebihan adalah satu kelemahan.

Macamana tu puan FM?

Macam ni, katakanlah anda terlalu cantik dan menjadi perhatian orang, tidakkah ia merimaskan dan menyebabkan keselamatan anda terancam?

Satu lagi contoh, katakanlah anda hebat sangat sehingga dinaikkan ke pangkat yang tinggi, bukankah tanggungjawab anda makin bertambah dan masa bersama keluarga akan berkurangan?

 

Jadi jangan tension dan jangan cemburu dengan kelebihan orang lain ya. Percayalah Allah bagi sesuatu kelebihan dan kelemahan sesuai dengan diri kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *