Ada Pelik..

Sekarang ni ada pelik sikit la.

Waktu siang rasa tak sihat. Buat kerja sikit rasa penat sangat. Selalu rasa tak cukup nafas.

Tapi bila nak masuk tengah malam, sihat walafiat je.

 

Pukul 2 pagi tak boleh tidur lagi.

 

Siang tadi gagahkan diri jumpa orang Metro. Settlekan bayaran untuk iklan Benang Hijau di Metro. InsyaAllah iklan pertama akan keluar hujung bulan ni. Dan lepas tu setiap dua minggu.

Hari tu baca kisah kejayaan syarikat-syarikat besar, ada yang budget 30% dari jualan bulanan untuk pengiklanan.

Fuh.. kalau betul-betul buat tu, memang meletop kot. Tapi serius takut jugak.

Pertama, takut terlebih berani.

Kedua, takut tak mampu nak tampung permintaan.

 

So sekarang ni buat setakat yang termampu dulu.

 

Sebenarnya bila laki bini dah buat bisnes yang sama ni, ada jugak perasaan risau. Kotlah nanti tetiba bisnes tak okay dan belanjawan keluarga menjadi kucar kacir kan.

 

So sekarang setiap hari akan asingkan duit untuk komitmen bulanan dan juga untuk simpanan.

 

Ada yang tanya pendapat macamana nak dapat semangat untuk berhenti kerja dan buat bisnes.

Pada saya, setiap orang adalah unik. Keupayaan menghadapi risiko setiap orang adalah berbeza.

Saya pernah baca artikel Darren Hardy. Dia kata dulu dia kagum sangat dengan Richard Branson. Pada suatu hari dia interview Richard Branson dan dia dapat tahu pada masa tu Richard Branson sedang berdepan dengan banyak sangat kes saman.

Masa tu dia memang kagum dengan ke’cool’an Richard Branson. Tapi dia sedar yang dia tak boleh dan taknak jadi Richard Branson. Sebab dia tak de keupayaan untuk handle masalah macam Richard Branson.

 

Kesimpulannya, jangan terlalu pressure diri sendiri. Kalau tak cukup modal @ pengalaman @ keberanian, sabar dulu.

Sebab bukan senang sangat pun kehidupan seorang usahawan. Entah-entah saya pun tak boleh tidur malam sebab fikirkan tentang komitmen bisnes dan juga strategi untuk terus majukan bisnes.

Bersyukur dengan rezeki yang ada dan hargai segala nikmat yang diberikanNya.

Tapi kalau memang rasa yakin dan bersedia, pecat je lah bos anda tu. Tak mustahil anda boleh dapat gaji 10 kali ganda dari gaji anda sekarang dan boleh jadi lebih kaya dari bos anda. Wohoooo!

 

 

One thought on “Ada Pelik..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *