Ada Orang Letih Tengok Saya

Pukul 7 pagi Sabtu gerak ke Bangi. Sampai di Bangi pukul 10 lebih.

Uruskan kain-kain yang baru sampai.

Pastu suami minta seorang kawan dia tolong hantar set sofa, meja dan sebagainya dari outlet Seri Kembangan ke Bangi. Sebabnya outlet di Seri Kembangan dah kena handover pada hujung bulan ni.

Pastu susun perabot dalam butik Benang Hijau di Bangi.

Pastu buat make over. Ubah susunan shawl, kain dan baju-baju.

Pukul 9 malam singgah makan pulut mangga di Restoran Suraya Thai. Alhamdulillah.. 🙂

Pastu singgah bermalam di rumah pakcik di Kajang.

Masa datang pakcik takde. Dan kebetulan ada adik-beradik isteri pakcik. Jadi isteri dia yang baik hati dan penyayang cakap kalau nak terus naik tido pun takpe.

Alhamdulillah… sebab sebenarnya memang penat sangat.

Pagi Ahad pulak pukul 7 pagi dah bersiap-siap. Pastu Whats App pakcik bagitahu kami dah kat bawah. Kejap lagi nak keluar sebab suami ada seminar.

Pastu pakcik terus menjelma dan sempatlah sembang-sembang usahawan kejap. Pakcik saya ni kontraktor berjaya.

Dia pun bagi kata-kata nasihat dan bagi tips-tips berniaga. Alhamdulillah… Seronok ada pakcik yang berjaya ni. Boleh jadi mentor. 🙂

Pukul 8.30 pagi gerak ke Shah Alam. Sampai kat sana, mula-mula hantar suami yang attend Kursus PhotoShop. Pastu saya singgah di outlet Benang Hijau.

Dah lama betul tak datang sini. So semalam sibuk la sangat ubah susunan dan uruskan stok-stok baru.

Pastu pergi Bangi sekejap untuk ambil hanger, penyangkut besi dan lain-lain. Pastu sambung buat kerja kat Shah Alam.

Dah settle semua dalam pukul 9 malam, suami hantar saya ke rumah sahabat dari kecik. Sahabat yang mana mak dia pun saya dah panggil Umi. Suami hantar je sebab dia singgah rumah abang dia yang ajak makan malam.

Segan juga nak tolak pelawaan abang ipar. Tapi saya pun dah lama sangat tak jumpa sahabat saya ni. Baru je semalam dapat no telefon dia dan rasa tak sabar sangat nak jumpa.

Seronok sangat jumpa sahabat lama. Dahlah dia sangat cemerlang. Dah ada 6 orang anak. Hebat sangat sebab umur dia sebaya dengan saya. Dan sebenarnya ramai jugak kawan sebaya yang belum kahwin.

Sahabat saya menetap di Sungai Udang, Klang. Dia buka Tadika, Taska dan Pusat Tahfiz. Suami dia dulu merupakan Imam Besar tapi dah resign untuk bekerja sendiri.

Kagum sangat dengan orang yang buat bisnes dalam bidang pendidikan ni. Sebab kena ada kesabaran yang sangat tinggi.

Tengah-tengah kami sembang semalam, ada budak Tahfiz datang mengadu sakit perut. Dahlah sebelum tu ada yang mengadu lapar sedangkan siang dah makan banyak sebab ada kenduri.

Fuh… respek sangat!!!!

Anak sahabat saya yang paling kecik umur dalam 8 bulan. Down Syndrome. Saya pun ada seorang sahabat yang adik dia Down Syndrome. Dulu saya rasa kesian pada famili dia sebab ada anak Down Syndrome.

Tapi sebenarnya ada hikmah yang besar. Sebab adik dia tu jadi penghibur dalam keluarga ni. Walaupun dah berusia 17 tahun, tapi perangai macam budak Darjah 5 macam tu dan betul-betul jadi penghibur hati dan peneman mak ayah yang dah tua.

Dan saya pun rasa sahabat saya ni memang insan terpilih sangat sebab dikurniakan bayi yang istimewa.

Tapi baby tu pun tembam dan comel sangat. Kalau dia bagi, saya rasa nak terus bawa balik je semalam. 🙂

Lepas tu kami terus balik ke Johor. Sepanjang perjalanan saya tidur je. Saya tak tahu apa yang berlaku. Yang pastinya pukul 5 pagi sampai di rumah.

Rasa bersalah dengan suami tapi saya sendiri rasa penat sangat. Suami cakap semalam pun dia ada berhenti tidur sekejap. Tapi dia teruskan memandu sebab pagi ni dia kena pergi kerja.

Dah sampai rumah, pukul 6 pagi baru boleh tidur.

Pukul 10 pagi gerak ke Jusco Permas. Kena bertugas kat sini sebab staf ada hal.

Ni taip blog sambil bertugas.

Sebenarnya tak senang hati ni sebab ada banyak sangat benda yang perlu diuruskan.

Ada kawan saya cakap saya ni gila kerja. Dan dia rasa letih tengok kehidupan saya.

Hahaha…

Dia pulak yang tolong letih. Caring betul. 🙂

Tapi saya okay je kot. Memang la penat. Tapi perasaan tu happy je. Setiap hari rasa excited.

Biarlah orang nak cakap @ fikir apa. Kalau saya tak berusaha, siapa yang nak tolong ubah hidup saya sekeluarga.

Orang memang suka bercakap. Kita hidup sederhana pun orang bercakap. Kita hidup bawah kemampuan pun orang bercakap. Kita hidup mewah pun orang bercakap. Biar jelah mereka dengan cakap-cakap mereka. Yang penting kita sibukkan diri biar tak sempat bercakap pasal orang.

Tapi saya pun tak baik sangat. Kadang-kadang ada jugak masa bergossip. Terutama bila jumpa Kak Yati meletop. Hahahaha!

Okay bye. Nak sambung gantung shawl. Pastu transfer duit pada supplier. Pastu pilih model. Pastu pilih baju dan shawl yang nak shoot malam ni. Adoiiiii banyaknya tanggungjawab!!!! 🙂

One thought on “Ada Orang Letih Tengok Saya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *