Luck Is Quite Predictable

Alhamdulillah setiap hari sibuk.

Hari ni sibuk pack hampir 100 helai Bawal Naura dan Shawl Nadeera untuk pelanggan online.

Operasi bengkel jahitan berjalan lancar dengan kehadiran 3 staf. Sorang menjahit. Dua lagi sibuk memotong kain. Sementara saya dan suami menguruskan dan menyiapkan order.

Yang tak bagusnya bila Marketing Manager sibuk adalah sebab tak sempat nak buat promosi online. Terabai jugaklah Facebook Page dan Instagram Benang Hijau.

Esok ada shooting untuk koleksi terbaru. Banyak nak shoot kali ni so saya dah book dua orang model sekaligus. Dan sekarang tengah fikir pasal pengagihan shawl dan baju untuk digayakan.

Hari ni dapat panggilan dari sebuah shopping mall yang nak offer kami until buka cawangan di sana.

Selalu sayalah yang dok terhegeh-hegeh nak apply. Bila dapat call camni, rasa happy pulak. Hihi..

Tapi buat masa sekarang memang takde plan nak buka cawangan baru lagi. Nak fokus pada outlet sedia ada dan juga cawangan di Mydin Kubang Kerian yang akan dibuka awal
bulan depan.

Lepas ni insyaAllah nak tambah stok je. Kalau boleh biar shawl plain ada sampai 70 pilihan warna. Baju kurung plain ada 20-30 pilihan warna. Pastu shawl dan baju kurung bercorak sentiasa ada koleksi baru pada setiap bulan.

Sekarang ni juga dok fikir nak tambah bilangan mesin jahit tepi dan juga mesin jahit lurus supaya operasi makin lancar.

Sekarang dah makin pandai pujuk hati bila tengok bisnes orang lain yang lebih maju. Takpelah, rezeki dia. Kalau saya terus berusaha, pasti saya pun akan dapat.

Bak kata Brian Tracy,

20140312-001944.jpg

One thought on “Luck Is Quite Predictable

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *