KLIA

Sekarang saya berada di KLIA.

Suka tengok susunatur kedai-kedai kat sini.

InsyaAllah kalau ada rezeki tahun depan nak buka cawangan di KLIA. 🙂

Alhamdulillah sales kedai di airport dah mula bertambah dengan kehadiran beg-beg comel. Sekarang dalam proses nak tempah beg cotton ala-ala Vera Bradley.

Selalu nampak nama Vera Bradley ni pada kain-kain Japanese Cotton yang saya jual. Tak tahu pun ni syarikat apa.

Bila saya plan nak jual beg cotton dan survey design-design beg yang menarik, terjumpa website VeraBradley.com. Rupa-rupanya ni syarikat ni pun jual barangan berasaskan cotton.

Excited sangat tengok produk-produk dia. Kiranya saya plan nak jadikan Benang Hijau sebagai syarikat macam ni lah. Bukan sekadar jual kain dan pakaian sahaja. Tapi jual pelbagai barangan berasaskan cotton.

Pastu ada cawangan di semua shopping mall yang tersohor dan juga di airport-airport. Ala-ala syarikat antarabangsa seperti Burberry, Coach dan sebagainya. Hahhaa.. tinggi tak cita-cita?

Tapi kan.. kalau nak buat betul-betul, memang perlukan duit yang lebih banyak dan tak boleh pusing duit sedia ada sahaja.

Sebelum ni tak plan nak buat bisnes loan. Tapi sekarang rasa perlu buat. Sebab ada banyak sangat idea yang nak dibuat. Dan pelaksanaan akan jadi lebih cepat dengan modal yang lebih besar. 🙂

Sekarang ni dah mula fikir produk selepas raya. Produk tambahan selain produk utama Benang Hijau sekarang.

Pastu nak buat majlis launching butik Benang Hijau di Bangi. Yang ni mungkin dalam bulan 9. Maklumlah orang Malaysia ni kan raya sebulan. Hujung minggu biasanya sibuk dengan rumah terbuka kan.

So insyaAllah nak buat launching selepas berakhirnya bulan Syawal.

Masa tu nak terus buat program membership Benang Hijau.

Okay bye. Nak check in dulu. 🙂

One thought on “KLIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *