6 Jam Dari Nilai – Skudai

Perjalanan balik malam ni antara perjalanan paling lama.

Kereta beratur je. Dan ada juga beberapa accident. Rasanya ada dalam 5-6 accident dalam perjalanan dari Skudai-KL-Skudai.

Bersyukur kami sekeluarga selamat pergi dan pulang.

Kalau ikutkan masih ada urusan di KL tapi sebab esok anak-anak sekolah, terpaksalah balik Skudai jugak.

Sekarang ni rasa macam nak berhijrah je. Rasa macam nak duduk Nilai sebab senang nak travel. Tapi kalau boleh taknak kacau persekolahan anak-anak.

Sebab dulu masa kecik keluarga saya selalu gak pindah. Dan saya tak suka sangat jadi pelajar baru.

Banyak pengalaman tak best bila jadi pelajar baru di sesebuah tempat.

Alhamdulillah masa sekolah dulu saya dikategorikan sebagai pandai. Masa tingkatan 2 keluarga pindah dari Terengganu ke Kelantan. Dari SMKA Tok Jiring (yang hanya terima student 4A dalam UPSR), saya berpindah ke sekolah kampung.

Masa kat Tok Jiring, saya ni biasa-biasa je sebab memang semua pun budak-budak pandai. Tetiba masuk sekolah harian biasa, saya jadi budak terpandai pulak.

Dan perasaannya memang tak best.

Sebab ada yang tak suka. Ada yang cemburu. Ada yang pulaukan saya. Ada yang bakar assignment saya.

Mula-mula saya jadi diri sendiri je. Kalau cikgu tanya soalan, saya angkat tangan dan jawab. Lama-lama, saya pun malas nak jawab soalan. Sebab bila saya jawab soalan, ada yang mencebik, ada yang buat muka dan kata saya berlagak.

Saya pun culture shock jugak sebab dari sekolah agama yang pergaulan antara lelaki dan perempuan sangat terhad, tetiba masuk sekolah yang agak bebas pergaulan.

Masa sekolah lama, memang tak terfikir nak ada pakwe. Macam pelik je nak bercouple-couple ni.

Tapi kat sekolah ni, common sangat. Dalam satu kelas tu, siap ada 3-4 couple camtu.

Alamak.. panjang la pulak citernya.

Kesimpulannya buat masa sekarang taknak pindah dulu sebab taknak anak-anak jadi pelajar baru dan rasa apa yang saya rasa dulu. Dalam bahasa omputeh, rasa macam ‘don’t belong’.

Tetap akan rasa macam kita adalah orang luar walaupun dah belajar 2 tahun. Tetap rasa terasing. Tetap rasa dipulaukan.

Ok bye. Nak tidur dulu. Tak sabar nak jumpa PA tersayang esok. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *