5 Hari Lagi..

Lima hari lagi cuti sekolah akan bermula. Bila sekolah bercuti dapatlah saya meluangkan lebih banyak masa dengan kesemua hero-hero saya. Yeay!! Suka sangat!!!

InsyaAllah 10 & 11 November akan ke Lotus Desaru untuk berFamily Day dengan rakan-rakan UTC Public Mutual Johor Bahru. Seterusnya saya akan ke KL (specifically Sri Kembangan) untuk operasi pembukaan cawangan Benang Hijau di sana di samping nak jumpa business partners & bakal business partners di sekitar Lembah Klang.

Mengikut perancangan kami akan berada di KL dalam 2 minggu. Tak tahulah boleh ke tak. 🙂

Kadang-kadang rasa macam taknak hantar anak-anak ke sekolah sebaliknya nak bawa satu keluarga travel mengenal dunia. Naik kapal terbang, keretapi, bas tambang, bot dan sebagainya dan melihat bagaimana orang dari negara lain hidup. Best kan?

Bila cerita dengan suami, dia tak sanggup. Tak sanggup nak travel dengan anak-anak yang masih kecil dan tersangatlah aktif. Tak sanggup.. tak sanggup.. 🙂

Tapi memang berangan sangat ni. Nak sangat bawak anak-anak mengembara dari satu negara ke satu negara.

InsyaAllah, kalau betul-betul nak pasti boleh. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *