3 Hari Yang Padat

Sabtu

Hari Sabtu tengahari saya sekeluarga bertolak ke KL.

Pukul 5 sampai di Butik Benang Hijau di Bangi. Kali pertama datang selepas take over. Serius excited dan macam tak percaya butik tu dah menjadi milik saya.

Dan ada juga perasaan kelakar bila melihat kesemua baju-baju Β yang secara tak langsung dah menjadi milik saya.

Dulu nak masuk butik pun takut. Sekarang saya dah jadi pemilik butik. Alhamdulillah.. bersyukur sangat! πŸ™‚

Lepas tu singgah makan.

Lepas tu singgah di Jalan Tengku Abdul Rahman (Jalan TAR) untuk melihat kedai borong pakaian di sana.

Kemain dah bisnes kan. Setiap bulan pergi oversea. Padahal kat Jalan TAR tu pun banyak je tempat borong pakaian.

Memang kat oversea lebih murah. Tapi kalau kat sini, datang beli dan boleh terus jual esoknya. Kalau memborong di luar negara, kena fikir macamana nak bawa balik dan kena tunggu berhari-hari malah berminggu-minggu.

So lepas ni insyaAllah akan datang lagi ke Jalan TAR. πŸ™‚

Tengah malam teruskan perjalanan ke Kelantan untuk setup kiosk Benang Hijau di KB Mall. Saya dan suami bergilir-gilir memandu dan sempat juga singgah tidur di R&R.

 

Ahad

Pukul 9.45 pagi sampai di Kelantan. Pukul 11 sampai di KB Mall. Beli railing, hanger, plastic bag dan segala keperluan untuk memulakan operasi di sebuah kiosk. πŸ™‚

Pukul 6 petang keluar dari KB Mall dan meninggalkan staf baru sendirian bersama kiosk tercinta.

Pukul 8 malam bertolak balik ke JB.

Saya dan suami tersangat penat kerana tak cukup tidur. Tapi penat macamanapun, terpaksa gagahkan diri untuk memandu.

Kami bergilir-gilir memandu tapi disebabkan keletihan melampau, kami singgah tidur di sebuah stesyen minyak.

 

Isnin

Pukul 7.45 pagi sampai di Skudai.

Sampai je, saya terus pilih baju dan pack barang-barang keperluan untuk bermusafir di Vietnam selama 3 hari.

Pukul 8.20 pagi saya singgah di Petronas Tol Skudai untuk ambil dua orang peserta rombongan borong.

Saya minta suami dia memandu kereta saya dengan arahan mudah..

Tolong bawak laju giler tapi jangan sampai accident. Kalau kena saman pun takpe. Saya lebih rela bayar saman daripada kita bertiga terlepas flight.

 

Maka En Firdaus pun tekan minyak dengan penuh bersungguh-sungguh.

Sekali sembang punya sembang, dia adalah seorang pegawai JPJ. Hahaha.. kelakar giler bila kenangkan arahan mudah saya kepada seorang pegawai JPJ. Nasib baik hari ni dia menurut perintah.

Alhamdulillah kami berjaya sampai ke Nilai dalam tempoh dua jam dua puluh minit. Dan Alhamdulillah saya selamat menaiki penerbangan ke Vietnam yang berlepas pada pukul 12 tengahari tadi.

Lepas check in, makan tengahari dan berehat sebentar, kami keluar untuk memborong kain.

Lepas tu singgah makan malam yang sungguh enak.

Lepas tu saya berjalan ke butik-butik di sekitar Pasar Ben Thanh untuk mengintai koleksi-koleksi baju raya terkini.

Dan sekarang saya berseorangan di bilik sambil menaip entri ini.. πŸ™

 

Sebenarnya badan rasa penat sangat. Otak pun dah lembap. Tapi tak tahu kenapa tak boleh tidur.

One thought on “3 Hari Yang Padat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *