10cm x 8cm

Wah wah kemain tajuk..

Alkisah siang tadi saya telahpun pergi ke Andorra Women & Children Hospital yang terletak di Seri Kembangan untuk check up pertama.

Kalau ikutkan lokasi hospital ni agak jauh dari rumah dan perjalanan mengambil masa sekitar 50 minit.

Tapi saya pilih untuk check up di sini disebabkan Dr Lily Fariza.

Dulu masa saya mengandungkan Yaya, saya selalu check up kandungan dengan Dr Lily di KBMC (Kota Bharu Medical Centre).

Bersalin pun dengan Dr Lily jugak.

Dan saya rasa selesa dan senang hati berurusan dengan Dr Lily.

 

 

Masa balik Kelantan beberapa minggu lepas, saya google pasal Dr Lily sebab nak tahu dia berkhidmat di mana sekarang.

Dan bila dapat tahu dia berkhidmat di Hospital Andorra yang baru beroperasi sekitar Oktober lepas, hati saya berbunga riang.

Sebab saya kan ada masalah Cyst.

Jadi saya rasa tenang bila berurusan dengan doktor yang pernah merawat dan faham dengan situasi saya.

 

 

Tadi bila jumpa Dr Lily, saya bagitau la dia pasal saya cari dia semua. Hihihi..

Mulanya dia macam ingat ingat lupa.

Tapi lepas tu dia ingat yang saya dulu nak sangat baby perempuan.

Mana taknya setiap kali scan sibuk tanya baby perempuan kan doktor sampaikan lepas bersalin doktor siap angkat tunjuk kemaluan baby.

Ha.. confirm dah baby perempuan ya.

 

 

Pastu bila doktor tanya saya kerja apa dan saya bagitau saya buat bisnes Benang Hijau, dia pun cakap yang dia memang dok teringat ada patient dia yang buat bisnes Benang Hijau tapi dia lupa nama apa.

Setiap kali tengok billboard dan dengan orang sebut Benang Hijau, dia memang dok teringat pasal patient dia ni ha.

Gitu…

Yang bestnya nurse yang ada sekali dalam bilik tu pun biasa datang ke butik Benang Hijau Bangi.

Hihi..

 

 

So tadi bila dah scan, nampaklah cyst saya yang berukuran 10cm x 8cm. Agak besar dan sekarang ni lebih besar dari baby.

Saya suka Dr Lily sebab dia cool dan tenang je.

Dia kata tak perlu risau.

Kalau cyst tu tak ganggu pregnancy tak ada masalah.

Cuma kalau masa nak bersalin nanti kedudukan cyst tu menggangu laluan baby, mungkin perlu operate. Tu je.

 

 

Saya pun bagitau la yang saya selalu rasa sakit menyucuk nyucuk dan tak selesa. Pun dia cool jugak.

Katanya takpe kalau tak tahan sangat nanti boleh datang hospital dan kita tengok apa perlu buat nanti.

Gitulah.

So saya pun rasa lega sikit.

Kiranya selagi boleh tahan saya tahan jelah.

Yang saya faham Cyst saya ni jenis cecair dan bukannya pepejal. Jadi dia taklah merbahaya.

Cuma kalau Cyst tu terpusing akan menyebabkan rasa sakit.

 

 

Sebelum ni bila baby makin besar Cyst mengecut sedikit.

So next month Dr akan pantau saiz Cyst.

Kalau mengecut Alhamdulillah.

 

 

Seronok juga check up di hospital baru ni sebab hospitalnya cantik dan sangat selesa.

Dalam perjalanan pergi suami tanya jugak betul ke awak ni nak check up jauh jauh padahal ada je a few hospital berdekatan rumah.

Tapi once dah sampai hospital, dah jumpa doktor, dah dapat layanan yang baik dari staff, suami pun senyum je.

Dan saya pun rasa happy sangat sebab masih ada rezeki nak check up dengan Dr Lily.

 

 

Sebenarnya masa bersalinkan Yaya tu, saya ada bagitau Dr Lily yang saya nak ikat peranakan sebab dah taknak bersalin dan doktor cakap betul ke awak ni.

Awak muda lagi. Boleh bersalin lagi ni.

Bila Dr Lily cakap macam tu kan, rasa sayang pulak. Terus tak jadi.

Dan tadi saya pun citerlah dengan Dr Lily dan dia pun gelak.

Tak sangka kan rupanya ada rezeki nak check up dengan dia lagi.

 

 

Alhamdulillah happy sangat hari ni.

Rasa lebih excited nak tunggu baby membesar dan tak sabar sabar nak bersalin.

 

 

Hari ni jugak Kak Long sekeluarga dah selamat sampai dari Algeria so lewat petang tadi saya sekeluarga pergi ke rumah Kak Long.

Kak Long excited sangat bercerita pasal Algeria dan tunjuk gambar gambar tempat yang dia lawat.

Kalau dulu bila dengan orang travel rasa jelessss sangat.

Tapi kali ni disebabkan saya pun kurang sihat, jadi perasaan jeles tu langsung tak ada.

Yang penting nak sihat dulu. Barulah boleh fikir nak travel ke mana.

 

 

Semalam dah habiskan buku Think & Grow Rich.

Hari ni pulak selesai baca buku The Alchemist by Paulo Coelho. Best sangat buku ni.

Setiap page ada je benda yang saya belajar.

Dan lepas habis baca buku ni, rasa lebih positif dan bersemangat.

Rasa lebih yakin untuk menghadapi hari hari mendatang dan apa jua cabaran dalam bisnes.

 

 

Overall today is a very good day and I am so happy and blessed. 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.