10 Minit..

Sekarang pukul 2.28 petang dan saya berada di KLIA. Sedang menunggu flight untuk balik ke Johor Bahru.

Flight dari Vietnam pukul 11 pagi.

Pagi ni agak stress.

Ada seorang supplier janji akan hantar barang di hotel pada pukul 9 pagi. Barang tu saya nak bawa balik pagi ni.

Pukul 9 saya call En Supplier kata lagi 10 minit dia sampai. Dah 9.15 saya call lagi dia kata lagi 10 minit.

Fikir punya fikir, saya pun minta dia terus datang ke airport sebab saya pun risau jalan jem dan saya terlambat untuk check in.

Sampai di airport dalam pukul 9.45, saya call dia cakap 10 minit lagi. Dah check in semua,  saya call lagi dan dia cakap 10 minit lagi.

Saya pun tanya staff di kaunter check in katanya kaunter akan tutup pukul 10.20 pagi. Tapi dia suruh saya check in dulu dan nanti boleh tambah barang kemudian. Jadi saya pun check in dulu sementara menunggu kedatangan supplier.

Pukul 10.15 En Supplier call cakap dah nak sampai dan tanya nak jumpa kat mana. Saya pun bagitau lokasi dan keluar dari dalam airport. Tunggu punya tunggu sampai sudah tak sampai.

Pukul 10.23 pagi saya masuk dan tengok kaunter dah tutup.

Saya pun terus masuk ke kawasan boarding. Mula-mula lalu kastam. Pastu imigresen. Pastu sekuriti.

Lepas je sekuriti dengar panggilan terakhir untuk flight saya. Aduyaiiiii…

Alhamdulillah selamat naik kapalterbang. Tapi serius sakit hati sangat.

Dalam flight.. dapat call dari En Supplier bagitahu dia dah sampai.

Masa ni kan.. tak tahu la nak cakap apa. Rasa nak maki pun ada. Rasa nak mengamuk pun ada. Rasa nak cakap ko ni memang bodoh ke apa. Macam-macam perasaan bercampur-campur.

Tapi saya sabarrrrrrrrrr. Saya cuma bagitahu saya dah naik kapalterbang dan minta dia hantar barang saya ke hotel dan nanti saya minta kawan saya poskan kepada saya.

 

Macamana saya boleh sabar sangat?

Sebab sementara menunggu dia datang, saya teringat kisah seorang wanita muda yang ditahan di airport negara China kerana menjadi keldai dadah.

Bila saya cakap dengan peserta saya (Kak Sarah, seorang usahawan yang berasal dari Kelantan) pasal ni, rupa-rupanya wanita tu adalah orang kampung Kak Sarah.

Mak dan ayah kerja sebagai penoreh getah dan jual goreng pisang. Perempuan tu anak sulung. Baru habis belajar di UNIMAS.

Bila dia dapat kerja yang kena travel ke oversea, family rasa bangga dan gembira sangat. Sekali sampai je di China kena tahan kerana rupa-rupanya dia diperangkap untuk menjadi keldai dadah.

Kesian sangat kan?

Mak dia punyalah sedih. Dahlah adik-adik kat bawah ramai lagi.

Mak dia pernah pergi China dalam 2 kali kot untuk jumpa dia. Dan sekarang mak dia dah meninggal kerana sakit kanser.

Ya Allah.. takut sangat dengar kisah ni.

Kesian sangat baru habis belajar, tengah semangat nak tolong keluarga tapi kena penjara seumur hidup.

Bila teringat kisah dia ni, rasa kecik sangat dugaan @ ujian yang saya hadapi setiap hari.

Lepas ni insyaAllah nak cuba untuk jadi lebih tenang. Taknak cepat tension. Taknak terlalu emo.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *