Membina Website menggunakan perisian NVU
Hari ini saya dan Hafizie telah memulakan usaha untuk membina website Skit Solution & Resources. Kepada rakan-rakan yang tidak mahir di dalam pengaturcaraan, sebenarnya anda juga boleh membuat website sendiri dengan menggunakan beberapa software seperti Microsoft Frontpage, Dreamweaver dan juga NVU.
Saya sendiri sebenarnya langsung tidak mempunyai asas IT (kerana dulunya saya belajar di dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik (Instrumentasi & Kawalan). Tapi setelah saya menghadiri kursus Bagaimana Memulakan Perniagaan Internet dari Rumah dalam Masa 7 Hari oleh Dr Irfan Khairi, saya mula membuat website sendiri dengan menggunakan software NVU.
Software ini sungguh mudah dan sangat membantu. Jika anda boleh menggunakan Microsoft Word, anda pasti boleh membina laman web anda sendiri. Selamat mencuba!
- Preseed Fund – Pembiayaan Khas Untuk Usahawan IT
- Template Percuma – Cara Paling Mudah Untuk Membina Website