Category: Weightloss Progress

600 gram okay!

Hehehe…

Poyo kan. Turun 600 gram pun kecoh. Pagi semalam 67.7kg. Pagi ni 67.1kg. Eh, 6 pulak. Sebenarnya 8 kat depan tu. Takpelah.. taknaklah edit. Hehehehe..

Inilah kisah orang yang tengah semangat kan. Kalau tak semangat, dah tak tulis pasal-pasal diet ni. Tulis pasal makan-makan pulak. Ye dak?

Kalau ikutkan, kecewa jugak sebab berat dah turun dan lepas tu naik balik.

Tapi bila fikir-fikir balik, hari tu turun banyak disebabkan saya masih buat Atkins Diet yang sangat strict tu.

Bila dah stop Atkins, saya dah mula makan karbohidrat. Pastu pulak makan macam biasa semasa ke Vietnam.Β Yelah, jadi penganjur program kononnya kan. Kenalah cukup tenaga untuk handle peserta. Alasan.. alasan..

Lagi satu, kadang-kadang berat tak turun sebab lemak bertukar menjadi otot.

5lbs= 2.27kg

Bila kita diet protein tinggi dan bersenam, badan kita akan menukarkan lemak kepada otot. Itu yang kadangkala berat tak turun banyak tapi ada perubahan pada bentuk tubuh kita.

So kali ni, memang diet dengan cara yang tak terlalu strict. Pagi dan malam minum Aloe + Teamix 400ml. Dan lepas tu minum shake Dutch Chocolate/Cappucino/Vanilla/Tropical Fruit/Strawberry. Lepas tu pulak makan Omega 3 dan pil Total Control untuk membakar lemak dengan lebih cepat.

Di siang hari pulak, saya makan dua meal.

Pertama, dalam pukul 11-12 pagi.

Kedua, dalam pukul 5-6 petang.

Boleh makan apa sahaja tapi dalam kuantiti sederhana.

Macam tengahari ni, plan nak makan steamboat Johnny’s.

Okay tu je. Mintak-minta esok turun lagi 600gm dan menjadi 65.5Kg. Eh silap lagi no kat depan tu. Hahaha.. Yang ni sengaja okay. Bukan kata-kata je doa tau. Tulisan pun doa. InsyaAllah lagi 2 -3 bulan betul-betul boleh capai.

Kepada Cik Aimi dan Cik Farah, diet jangan tak diet. Jangan sampai akak lebih kurus dari korang. Bila akak dah kurus dari korang, akak akan panggil korang ‘kakak’ pulak ya. πŸ™‚

Ada tak kawan-kawan lain yang sedang sama-sama diet? Share update anda di ruangan komen ya. Kalau malu, menyamarlah sebagai Anon atau gunalah nama anak ke. Hahahha.. macam tau je siapa yang selalu guna teknik ni. πŸ™‚

Kalaulah Dah Lama Tahu..

Pagi ni gatal nak cek keyword pengunjung blog ni. Sekali ternampak keyword di bawah..

Keyword 5 March 2013

Hehehe.. siapa yang taip ni sila angkat tangan! πŸ™‚

Memandangkan sekarang saya sedang berdiet, bersedialah untuk baca post pasal diet ya.

Semalam saya hantar ayah di rumah kakak saya di Nilai. Kakak saya kagum sangat dengan perubahan saya. Serius, walaupun baru turun 5.1 kg, tapi dah nampak perubahan. Mungkin sebab shape dan berubah dan saya dah tak muncit lagi. πŸ™‚

So semalam dia pun cubalah minum . Dia siap minta saya tinggalkan set saya untuk dia.

Since dia pun ada plan nak datang ke JB weekend ni. Jadi nanti bolehlah dia ambil stok Herbalife saya di rumah. Lagipun yang kat rumah ada semua pilihan perasa iaitu Cappucino, Dutch Chocolate, Tropical Fruit, Strawberry dan Vanila.

Sekarang ni saya suka baca dan tengok gambar-gambar testimoni orang yang berjaya diet dengan Herbalife. Dan semakin hari keyakinan saya makin bertambah.

Yang saya nampak, orang yang berjaya diet dengan Herbalife ni, adalah jenis orang yang sabar dan kuat semangat. Bukannya jenis yang tak sabar nak kurus dan bila rasa lambat sangat, dia stop diet dan seterusnya jadi makin gemuk.

Lagipun diet ni senang. Bukanlah kena control makan gila-gila pun. Cuma tukarkan 2 hidangan iaitu pagi dan malam dengan shake. Dan di antara tu boleh makan macam biasa. Nasi ke, ayam ke, buah ke, sayur ke, semua boleh makan. Tapi dalam kuantiti yang sederhana.

Untuk saya, serius sesuai. Sebab saya selalu je tak sempat nak breakfast. Sebelum ni kadang-kadang pukul 4 petang baru makan. Dan bila dah lapar, mulalah terlebih makan di samping makan makanan-makanan yang manis dan berlemak.

Sekarang Alhamdulillah.. bila sibuk, saya shake je dalam masa 2-3 minit. Kalau sehari sibuk, saya minum shake sahaja sepanjang hari. Kalau tengahari tak sibuk, saya makan tengahari. Kalau malam tak sibuk, saya makan malam.

Pastu kan, ada juga sedikit perasaan menyesal. Kenapalah tak tahu awal-awal pasal Herbalife ni. Kalau tak, dah lama minum.

Kononnya takut baby tak cukup zat kan sebelum ni. Tu yang makan tak ingat dunia semasa mengandung dan menyusu, dan juga bila merancang nak mengandung. Tapi sebenarnya ramai yang dah buktikan mereka boleh kawal berat badan semasa mengandung dan selepas melahirkan anak dengan bantuan Herbalife.

Kalau dah tahu pasal ni sebelum @ semasa mengandungkan Ali, takdelah badan saya membesar macam juara macam sekarang ni.

Wah… panjangnya entri ni. Promote habis. Hahhahaa…

Bagi can la. Orang tengah semangat ni. Setiap hari cuma fikir.. 52kg… 52kg.. 52kg… target berat untuk dicapai dalam masa 3-4 bulan dari sekarang.

Doakan saya berjaya! πŸ™‚

p/s : Jika berminat nak sama-sama diet menggunakan Herbalife macam saya, boleh hubungi saya di talian 0127498940. Bolehlah kita lawan siapa yang turun lebih banyak nanti. πŸ™‚

88.3Kg. Yeayyyyy

Semalam tido lambat. Mungkin dalam pukul 2.30 pagi macam tu.

Pukul 6 pagi bangun untuk tolong siapkan anak ke sekolah. Masa timbang.. berat adalah 89.1Kg. Down sekejap sebab cuma turun 100g sahaja padahal punyalah dah diet sangat.

Sebab semalam tu walaupun timbangan pertama adalah 88Kg tapi bila timbang beberapa kali bacaan menunjukkan 89.2Kg.

Lepas anak ke sekolah, saya sambung tidur balik. Tidur yang disulami dengan mimpi minum air milo. Hahaha.. kesian tak?

Pukul 9.40 pagi terjaga bila suami call. Lepas ke bilik air dan timbang, alhamdulillah berat dah turun kepada 88.3Kg.

Suka sangat!!

Kembali bersemangat nak sambung diet untuk hari ni. πŸ™‚

p/s : Walaupun baru turun 2.4Kg, tapi badan rasa lebih ringan. Perut kurang buncit.