Category: Weightloss Progress

Menunggu Orang TV3

Pukul 10.40 pagi tadi sampai di Bangi.

Pakai baju biasa-biasa. Langsung tak mekap. Memang betul-betul menjadi diri sendiri.

Janji pukul 11. Tapi sekarang dah pukul 11.25 pagi dan diorang belum sampai.

 

Hihihi…

 

Sebenarnya nervous sangat ni. Kalau tak jadi pun takpelah. ๐Ÿ™‚

Pukul 12 ada barang-barang baru akan sampai. Kalau diorang sampai lepas barang baru sampai pun okay jugak. Sempatlah kita susun-susun dulu koleksi Jubah Cotton Bunga Kecik yang terbaru.

Dan mungkin saya pun boleh terus pakai jubah cotton. Hihihi..

 

Hari tu wartawan yang call suruh saya sediakan gambar-gambar saya pergi bercuti dengan suami. Masalahnya, saya ni tak suka bergambar. Jenuh mencari, tapi ada dalam satu dua keping je gambar kami berdua.

Adoi!

Nampak gayanya lepas ni kena rajinkan diri untuk bergambar.

 

Okay bye. Nantikan next update.

Pekerja Yang Over

Hari ni gigih masak Kerutuk Ayam untuk tetamu.

Yang tak bestnya, ayam yang saya beli tu macam ada hitam-hitam sikit. Bila mengadu dengan suami, dia cakap dia minta pekerja kedai tolong pilihkan. Dia dah nampak macam ada yang tak kena, tapi dia malas nak cerewet sangat sebab dia dah minta orang pilihkan.

Pastu suami mulalah cakap, nilah contoh pekerja yang tak jujur. Bila pelanggan suruh pilih, dia akan pilih yang tak elok. Padahal kerja je. Tapi kemain lagi kedekut. Macam la dia punya bisnes.

Pastu saya pun cakap, kadang-kadang tokey okay je tapi pekerja yang lebih.

Sebagai contoh dalam bisnes saya, memang saya ada return back policy. Kalau baju tak muat ke, ada masalah ke, boleh pulang balik ke kedai dan saya akan pulangkan balik duit 100%. Tak perlu tukar barang lain pun. Boleh je nak amik duit semula.

Tapi kadang-kadang ada staf yang nak tunjuk pandai. Bila orang nak pulang barang, pandai-pandai je cakap tak boleh. Pandai-pandai je suruh orang tu tukar dengan barang lain.

Pastu bila ada orang nak beli borong dan minta saya pilihkan, memang saya akan cuba pilih yang terbaik. Tapi kalau ikut mata saya je, kurang tepat kan. So saya akan minta setiap staf pilih kain @ baju yang dia rasa paling cantik.

Dan kadang-kadang ada pekerja yang syorkan supaya saya berikan kain @ baju yang kurang dapat sambutan. Alasannya sebab dah bosan tengok kain @ baju tu kat kedai.

Tapi bila saya dah tegaskan kita kena bagi yang terbaik, sekarang Alhamdulillah semua dah faham polisi Benang Hijau. Kena pilihkan yang terbaik. Dan juga 100% money back guarantee. Dalam tempoh 30 hari pembelian.

 

Alang-alang dah cerita pasal staf yang over, meh kita tambah lagi perisa.

Staf bermasalah yang saya citer semalam tu tak puas hati dengan saya bila tiba-tiba kontraktor datang nak pasang fitting room. Tak puas hati sebab tak cakap dengan dia awal-awal. Lepas tu sibuk komplen tak sesuai la. Butik jadi semak la.

Dia pun cakap dengan kontraktor kemain berlagak. Siap tipu lagi kononnya dia dah lama kerja. Padahal masa tu baru kerja 10 hari.

 

Saya ni bukannya bos yang ego sangat. Selalu je tanya pendapat staf. Sampai kadang-kadang staf pun dah tak tahu nak bagi komen penambah baikan macamana lagi. Sebab setiap kali jumpa minta pendapat.

Tapi bila kita dah buat sesuatu sebab kita pun ada plan kita sendiri dan staf dok komplen je, memang boleh menyebabkan my blood go upstairs.

 

 

 

Biar Sombong Daripada Mengumpat

Saya ni tak ramah sangat dengan orang yang saya tak kenal.

Kalau orang tanya saya akan jawab. Cuma kalau nak saya mulakan dulu memang tak. Orang yang baru kenal saya mungkin akan kata saya ni sombong.

Kalau jumpa dengan orang yang saya kurang suka pulak, saya tak pandai nak berlakon. Jadi saya pun tak banyak cakap dengan dia.

Tapi kalau saya dah suka pada seseorang, memang saya akan menjadi ceria dan cakap banyak sangat.

Suami pun dah beberapa kali tegur supaya saya maniskan sikit muka apabila berjumpa dengan saudara mara dia untuk kali pertama.

 

Tak mesra. Tak cakap banyak. Tapi tak mengumpat.

Ada satu lagi spesies manusia ni pulak. Kat depan bukan main mesra. Kat depan bukan main berbual.

Kononnya akulah yang paling mesra, baik hati dan tak sombong.

Tapi kat belakang mengumpat tak habis-habis.

 

Ramai jugak spesies macam ni yang saya jumpa. Dan saya rasa tak selesa. Tak selesa bila diajak mengumpat orang lain. Sebab rasa tak fair pada orang tu. Lagipun apa yang diumpat tu pun entah apa apa je. Benda yang tak relevan. Benda yang tak kritikal sangat.

Satu lagi, saya pun tak percaya pada orang yang suka mengumpat ni. Depan kita, mengumpat orang lain. Belakang orang lain, mengumpat kita.

 

Ada jugak orang terdekat yang macam ni. Bila dia start mengumpat, saya terus diam. Malas nak komen. Malas nak participate.

Suami pun tegur,

Kenapa awak diam je bila dengan dia. Awak kan sebenarnya banyak cakap.

 

Saya jawab,

Saya diam sebab saya malas nak melayan dia mengumpat.

 

Tapi sebagai manusia biasa yang lemah. Yang sensitif. Yang mudah emo. Saya pun ada BFF tempat saya mengumpat dan bergossip. Asal cakap dengan dia, saya bergossip. Asal saya bergossip, dengan dia. Tapi bulan puasa ni saya jarang jumpa BFF saya ni. Takut kurang pahala puasa. ๐Ÿ™‚