Category: Weightloss Progress

Best! Best!

Hehe.. apa yang best tu?

Best sebab semalam saya makan macam-macam termasuklah Blueberry Cheesetart, Apam Balik, Kek Coklat, Nasi Kerabu dan Mihun, tapi disebabkan aktiviti aerobik yang sungguh best, berat saya tetap turun 100g menjadi 84.6 Kg. Best kan?

Target sekarang.. turun 100 g setiap hari..  jadi sepuluh hari turun 1 Kg. 100 hari @ 3 bulan turun 10 Kg. Fewwitt!!!

Hari Pertama Attend Kelas Aerobik @ 86Kg

Malam ni saya attend kelas aerobik di Pulai Perdana bersama klien dan insyaAllah bakal ejen saya iaitu Kak Zara.

Fuh! Terkejut giler bila tengok cermin.

Berikut adalah luahan hati lepas balik dari kelas…

Hahaha… horror tak?

Lepas ni insyaAllah nak attend kelas aerobik 4 kali seminggu dan takkan makan selepas pukul 7 petang. Semoga terus tabah!! 🙂