Category: Tips & Motivasi Untuk Usahawan

Dont Judge Each Day With The Harvest You Reap But By The Seeds You Plant

Hari ini saya ingin berkongsi satu pepatah yang sangat menarik dan sesuai dijadikan pegangan kepada rakan-rakan yang berada di dalam bidang sales and marketing.

Ini kerana, kadangkala kita merasa lemah semangat apabila kita tidak mendapat sebarang sales pada sesuatu hari. Ini menyebabkan kita merasa seolah-olah usaha kita sia-sia dan membazir masa, tenaga dan wang ringgit.

Sebenarnya jika kita bandingkan modal kita dengan mereka yang bekerja makan gaji, sebenarnya mereka juga bermodal kerana mereka perlu mengisi minyak untuk berulang ke tempat kerja, membeli pakaian yang bersesuaian dan juga belanja seharian mereka semasa di tempat kerja.

Namun begitu, jika kita terus memperbanyakkan aktiviti promosi tanpa memikirkan modal yang dikeluarkan, kita pastinya akan berjaya mendapat pendapatan yang lumayan.

Lagi pula, bidang sales dan marketing merupakan bidang yang paling lumayan di dunia. Sebagai contoh, jika dibandingkan pendapatan jurutera yang merekacipta kereta dan juga jurujual kereta, pastinya pendapatan jurujual adalah berlipat kali ganda banyaknya.

Jika anda sedang menceburkan diri dalam bidang sales and marketing, tahniah kerana telah menceburi bidang yang bakal menjanjikan pendapatan yang tidak terhingga. Teruskan perjuangan. Saya percaya kejayaan sedang menanti anda semua..

Tanggapan Salah Tentang Kejayaan – Gembira Hanya Setelah Berjaya

Hari ini dan semalam saya telah mengikuti seminar ELDP (Entrepreneur Leadership Development Programme) oleh En Jamal  Hj No di Agensi Public Mutual, Johor Bahru.

Saya cuma ingin berkongsi sedikit ilmu yang telah saya dapat daripada seminar ini iaitu tentang perancangan ke arah kejayaan. Kebanyakan dari kita mengganggap bahawa kita hanya akan berasa gembira apabila kita mencapai kejayaan. Tanggapan ini adalah salah kerana sebenarnya kita seharusnya merasa gembira semasa kita mula merancang untuk memulakan usaha ke arah kejayaan kita.

Contoh yang mudah adalah jika kita merancang untuk pergi bercuti. Adakah kita hanya akan merasa gembira apabila kita sampai di destinasi percutian kita? Bukankah kita merasa gembira dari awal lagi iaitu semasa kita mula-mula membuat keputusan untuk pergi bercuti? Kita juga pastinya merasa gembira semasa kita menempah tiket, mengemas baju dan juga di sepanjang perjalanan kita.

Contoh di atas menunjukkan yang kita seharusnya merasa gembira sebaik sahaja kita mempunyai hasrat untuk menjadi seorang yang berjaya. Apabila kita berfikiran begini, kita akan menjalani kehidupan dengan lebih gembira dan seterusnya akan lebih bersemangat menempuhi segala dugaan yang ditempuh di sepanjang perjalanan menuju kejayaan.

Usahawan Yang Berjaya Adalah Orang Yang Boleh Dipercayai

Hari ini saya ingin berkongsi satu ilmu yang telah diperturunkan oleh pensyarah saya, Dr Hassan iaitu bagaimana untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Menurut Dr Hassan, dia telah berbual dengan seorang usahawan cina yang sangat berjaya. Memandangkan Dr Hasan merupakan pensyarah di dalam bidang keusahawanan, beliau telah bertanya dengan usahawan tersebut: “Apakah nasihat yang ingin anda berikan kepada usahawan baru ataupun sesiapa yang ingin menjadi usahawan?”

Usahawan itu menjawab satu-satunya nasihat yang ingin diberikan kepada usahawan baru adalah agar mereka menjadi orang yang boleh dipercayai. Kedengaran simple kan? Tapi itulah hakikatnya.

Setelah mendengar cerita beliau ini, saya mula terfikir tentang pengalaman-pengalaman saya di dalam menjalankan bisnes. Walaupun saya telah cuba sedaya upaya untuk menepati masa, menepati janji dan memberi yang terbaik di dalam bisnes, tapi kadangkala saya telah melakukan perkara-perkara yang mungkin boleh menggoyahkan kepercayaan pelanggan terhadap saya.

Selepas ini saya akan berusaha sedaya upaya untuk menjadi usahawan yang boleh dipercayai. Semoga perkongsian ini juga dapat membantu rakan-rakan menjadi usahawan yang lebih baik.