Category: Tips Membina Keyakinan Diri

Soal Jawab Masalah Keyakinan Diri

Komen dari Aevelinus:

sebenarnya sy mempunyai masalah keyakinan diri apabilah bertemu dgn rakan2,jiran2,org2 dsekeliling sy,bukan saja itu sy juga mempunyai sifat pemalu dlm diri,padahal sy seorang lelaki…,kadang2 apabila membuar presentation dhadapan kawan2 sy gagap dan muka sy akan menjadi merah dan itu membuat saya terasa seperti org bodoh…..sy juga mempunyai masalah apabilah pergi ke sesuatu tmpt dan sy berasa takut..tp bila sy punyai teman/kawan karib keyakinan dlm diri tiba2 saja membara..sy harap anda dpt membantu saya kerana sy mc seorang pelajar,dan mc menunggu tawaran utk masuk ke mana2 IPTA..Dan stiap kali memikirkan hal utk memasuki IPTA sy akan kehilangan keyakinan diri,dan menyebabkan sy berasa takut..Bukan itu sj,perasaan takut itu juga menyebabkan sy berprasangka buruk kpd jiran2 saya/berfikiran negatif kpd org lain…Oleh itu sy sgt berharap agar anda dpt membantu sy…….

 

Saya tuliskan semula masalah beliau dalam bentuk point beserta nasihat saya:

1. Tidak yakin apabila bertemu dengan rakan-rakan, jiran-jiran dan orang-orang di sekeliling

Kenapa rasa takut dengan orang sekeliling? Adakah anda rasa tidak yakin dengan fizikal anda? Adakah anda rasa anda kurang hensem, kurang bijak, kurang best atau kurang kaya?

Kalau kita rasa kita kurang, pasti ada yang lebih kurang dari kita. Cuba awak tengok balik orang di sekeliling awak, pasti mereka pun ada kekurangan.

Saya sendiri pun bukanlah terlalu sempurna dan ada kelemahan. Tetapi, orang sekeliling kita sebenarnya tak kisah dengan kelemahan kita. Ingat, setiap orang sibuk fikir tentang masalah dan kelemahan masing-masing dan mereka tiada masa untuk berfikir tentang masalah dan kelemahan orang lain.

Kita tak perlu menjadi orang yang paling best, tapi kita boleh buat orang lain rasa best bila di samping kita.

Macamana nak buat orang rasa best?

Dengan memberi pujian, menghargai dan berbuat baik kepada mereka.

Bila kita buat orang rasa best, orang pun akan anggap kita sebagai seorang yang best. Cubalah..

 

2. Pemalu

Bagi saya sikap ni okay je. Saya rasa kebanyakan orang pun suka dengan orang yang pemalu berbanding dengan orang yang kurang malu.

 

3. Gagap, muka menjadi merah dan rasa bodoh bila buat presentation

Bercakap di khalayak ramai merupakan satu benda yang paling ditakuti oleh kebanyakan orang. Jadi, ini merupakan satu perkara biasa.

Ketakutan ini akan hilang melalui latihan. Kalau kita dah biasa buat, apatah lagi kalau kita present benda yang sama, ketakutan ini akan beransur-ansur hilang.

Sama jugak macam penyanyi. Mula-mula malu nak nyanyi depan orang, tapi bila dah selalu menyanyi, pasti boleh menyanyi dengan baik walaupun di depan ribuan penonton.

Yang penting, praktis.. praktis.. dan praktis..

 

4. Takut bila pergi ke sesuatu tempat

Adakah awak maksudkan takut bila pergi ke sesuatu tempat yang baru? Sebenarnya bila awak pergi ke sesuatu tempat yang baru ataupun berkenalan dengan orang yang baru, bukan awak sorang je yang rasa takut. Orang lain pun takut jugak..

Jadi, perkenalkan diri awak dengan sopan. Malah, awak pun boleh je cakap, “Saya nervous sebenarnya ni”. Entah-entah rakan baru awak tu pun akan cakap, “Saya pun nervous jugak!” :)

 

5. Rasa kurang yakin dan takut bila fikir akan melanjutkan pelajaran di IPTA

Setiap orang yang nak memulakan sesuatu yang baru akan berperasaan macam ni. Untuk hilangkan perasaan ni, awak boleh minta orang yang dah ada pengalaman belajar di IPTA untuk berkongsi kisah mereka pada peringkat awal mereka memulakan pengajian.

Sebenarnya hidup di kampus tak banyak beza dengan kehidupan di sekolah sebab kita akan dikelilingi rakan-rakan satu Course dengan kita. Malah, awak juga mungkin akan berjumpa teman sejati awak di sana.

Jangan fikir terlalu jauh. Take one step at a time. InsyaAllah segalanya akan okay je..

 

6. Takut sehingga menyebabkan prasangka buruk dan berfikiran negatif pada jiran-jiran

Yang ni kalau boleh elakkanlah. Bila kita berprasangka buruk, kita yang akan tension. Jadi cuba hilangkan perasaan negatif macam ni.

Tak perlu takut pada sesiapa sebab kita semua hanyalah manusia yang lemah. Sebaliknya kita perlu takut kepada Pencipta kita iaitu Allah.

 

Ok, setakat tu sahaja nasihat saya. Semoga ia dapat membantu Aevelinus ya. Good luck di IPTA nanti!

 

Tips Membina Keyakinan Diri (Siri 2)

Hari ini saya ingin berkongsi satu komen yang telah diberikan oleh pengunjung blog saya berkenaan cara meningkatkan keyakinan diri. Berikut adalah komen beliau..

salam….
sy selalu kurang keyakinan diri ketika berhadapan dengan orang ramai atau pun rakan2….terutama ketika ingin membuat presentation di hadapan kelas….mula2 sy rasa yakin tetapi ketika berhadapn dengan rakan2 dan lecterer sy mula rasa takut sampai suara sy x keluar…..puas sy cuba menguatkn suara tetapi x boleh jg..ini membuatkan sy berasa sangat malu ketika berhadapan dengan kawan2…..kadang2 sy rasa macam nk berhenti belajar sebab sy x ade keyakinan diri,tetapi sy teringatkan mak ngan ayah itu yang bagi semangat kat sy untuk terus belajar….sy juga ade cube berbagai tips untuk meningkatkan keyakinan diri, tetapi tetap tidak boleh….sy harap anda dapat membantu sy ………

Sebelum saya mengulas dengan lebih lanjut, ingin saya tekankan bahawa saya bukanlah seorang pakar di dalam bidang ini. Saya hanyalah seorang insan biasa yang berminat dengan perkara ini memandangkan dulunya saya juga mempunyai self-esteem yang rendah.

Sebagai manusia biasa, kadang kala saya juga merasa tidak yakin dengan diri sendiri. Namun begitu, berdasarkan pembacaan dan pemerhatian saya keyakinan diri bukanlah sesuatu yang semula jadi sebaliknya ia boleh dipupuk dan diperkembangkan. Untuk tidak menghampakan pengunjung ini, hari ini saya akan berkongsi 2 tips yang mungkin boleh membantu beliau dan rakan2 lain untuk meningkatkan keyakinan diri.

1. Memakai pakaian yang sopan, bersih dan kemas.

Salah satu cara untuk membina keyakinan diri adalah dengan memakai pakaian yang selesa dan kemas. Apabila penampilan kita baik, kita akan merasa lebih yakin. Sebab itulah kebanyakan orang yang terlibat di dalam bisnes atau kerja yang memerlukannya untuk berurusan dengan orang ramai akan menyediakan budget khusus untuk membeli pakaian yang sesuai bagi menjaga penampilan diri.

Saya bukan mengesyorkan anda membeli pakaian berjenama di luar kemampuan anda, sebaliknya pilih pakaian yang sesuai dengan budget anda. Anda juga boleh menyediakan beberapa helai baju khas yang boleh digunakan pada hari-hari yang penting contohnya hari membuat presentation dan sebagainya. Pemilihan sandal/kasut juga penting. Kadangkala kasut yang tidak sesuai akan membuatkan kita berasa janggal dan tidak selesa.

Pendek kata, seciput manapun budget anda, sediakan satu persalinan baju dan kasut yang kemas bagi membantu meningkatkan keyakinan diri anda.

2. Ingatlah Bahawa Setiap Orang Mempunyai Masalah

Tips kedua ini jika difahami betul2 pasti akan menjadikan anda seorang yang sangat berkeyakinan tinggi.

Analoginya begini.. setiap manusia mempunyai masalah dan setiap manusia menghabiskan hampir keseluruhan masa mereka untuk memikirkan tentang diri dan masalah mereka.

Jadi, kalaupun anda tidak membuat presentation dengan baik atau membuat sebarang kesalahan semasa presentation, percayalah bahawa orang lain tidak akan memikirkan sangat tentang hal ini. Ini kerana, mereka sibuk memikirkan tentang diri dan masalah mereka.

Kalaupun mereka bercakap di belakang dan menghina/mengutuk anda ia hanyalah untuk tempoh waktu yang singkat.

Percaya atau tidak, tips inilah yang digunakan oleh semua orang yang terkenal di seluruh dunia apabila diri mereka menjadi bahan gossip. Apa yang mereka lakukan hanyalah bertenang dan menunggu sehingga semua orang selesai memperkatakan tentang diri mereka.

Ini kerana, mereka tahu bahawa orang lain juga mempunyai masalah peribadi dan tidak akan menghabiskan sepanjang masa untuk memperkatakan tentang diri mereka. Hasilnya? Orang-orang yang terkenal ini tidak tertekan dan mampu meneruskan hidup dan kerjaya mereka seperti biasa.

Kalau dulu saya agak memandang negatif dengan golongan artis dan selebriti, tetapi setelah menyedari tentang perkara ini, saya mula menghormati mereka. Ini kerana, setiap artis pasti akan dilanda gossip dan hanya orang yang berjiwa besar sahaja mampu melalui perkara ini dan terus bertahan.

Saya harap 2 tips ini dapat dipraktikkan bagi membantu anda menjadi lebih yakin dengan diri sendiri. Jika anda rasa tips ini membantu, sila berikan feedback anda di bahagian komen..

Tips Membina Keyakinan Diri

Setelah meneliti statistik blog saya yang terkini, saya dapati bahawa kebanyakan pengunjung yang datang ke blog saya telah membuat carian “membina keyakinan diri’, “rahsia keyakinan diri”, “bagaimana membina keyakinan diri” dan beberapa lagi keyword berkenaan keyakinan diri.

Memandangkan ramai yang tercari-cari maklumat sebegini, saya bercadang untuk memberi lebih banyak info berkenaan topik ini.

So hari ini saya ingin berkongsi satu lagi tips membina keyakinan diri iaitu:

“setiap manusia mempunyai kelemahan dan ia akan membandingkan kelemahan dirinya dengan orang lain”

Sebagai contoh, orang yang gemuk akan menganggap orang yang kurus lebih baik darinya dan orang yang pemalu  akan merasakan bahawa orang yang periang lebih baik daripadanya.

Untuk menerangkan contoh ini dengan lebih jelas, saya akan terangkan senario yang berlaku apabila A, seorang gadis yang gemuk  dan periang bertemu dengan B, seorang gadis yang kurus dan pemalu. Apabila A bertemu B, A akan merasa rendah diri kerana merasakan bahawa B lebih cantik daripadanya. Namun begitu, sebenarnya pada masa yang sama B juga akan merasa rendah diri kerana merasakan bahawa A adalah lebih baik daripadanya.

So, apabila anda bertemu dengan seseorang dan mula merasa tidak yakin, ingatlah bahawa dia juga pastinya mempunyai kelemahan. Mungkin dia kurang pandai, kurang kaya, kurang berani, kurang disukai, kurang disenangi, kurang masa, kurang kebahagiaan, kurang anak dan sebagainya..

Jika anda dapat berfikir sebegini, anda pastinya akan merasa lebih yakin dan seterusnya akan menjadi lebih bahagia.

p/s : Setelah membaca tulisan saya ini, apakah pandangan anda? Jika anda sudah mengamalkan tips ini, sila kongsikan pengalaman anda di bahagian komen.