Category: Tips Komunikasi

No Emotional Intelligent

Selain ilmu tentang Puji Dalam Hati Pun Boleh.., saya tertarik dengan istilah No Emotional Intelligent.

 

Menurut Dr Muhaya, orang yang selalu lepas geram Di Facebook adalah orang yang tak ada Emotional Intelligent.

Sebab ia menunjukkan bahawa dia tak dapat luahkan perasaan dia dengan cara yang betul dan juga tak pandai mengawal emosi.

Lagipun bila kita tulis sesuatu status yang negatif contohnya,

Tolong jangan kacau hidup aku!

Kita mungkin tujukan pada seseorang (yang mungkin bukan kawan kita di Facebook pun), tapi ia boleh menyebabkan rakan-rakan kita yang lain terasa seolah-olah kita tujukan statement ini pada mereka.

Orang yang tulis status sebegini juga seolah-olah dahagakan perhatian kerana inginkan orang lain bertanya,

Kenapa?

Siapa?

Sabar ya..

 

Yang geramnya bila orang tanya, dia cakap,

Takpelah.. Taknak kecoh-kecoh..

 

Kita yang tak komen pun rasa sentap. Kawan yang bagi komen tu lagilah sentap kot. :)

 

Cara Termudah Untuk Tidak Disukai – Memperbetulkan Kesilapan Seseorang di Hadapan Orang Lain

Perkongsian hari ini merupakan satu ilmu yang telah saya perolehi melalui beberapa buku tentang kaedah komunikasi berkesan yang telah saya baca sebelum ini.Apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah bahawa manusia merupakan makhluk yang sangat ego dan merasakan dirinya betul pada setiap masa. Manusia juga tidak suka ditegur kesalahannya dan jika dia benar-benar melakukan kesalahan, dia akan mencari alasan bagi melindungi dirinya sendiri.

Mempelajari ilmu ini pada usia yang agak awal merupakan satu perkara yang sangat saya syukuri. Ini kerana, ilmu ini telah mengelakkan saya daripada mencalarkan ego seseorang dengan menegur atau membuktikan kesalahannya. Betul, adakalanya kita perlu membetulkan kesilapan seseorang. Tapi ia bergantung kepada keadaan dan situasi.

Jangan terlalu gemar menegur kesilapan seseorang terutamanya di hadapan orang lain. Biasanya orang yang ditegur bukannya makin sedar kesilapannya, tetapi mereka akan mencari alasan untuk mempertahankan diri dan seterusnya membenci kita.