Category: Suka Duka MLM

Komen Dari Pembaca : Saya Sedang Cari Kerja Part Time, Patutkah Saya Menyertai Zhulian?

Hari ini saya mendapat satu komen daripada pembaca yang bernama Idaazwe berkenaan bisnes . Kalau diikutkan komen ni agak tergantung sebab penulis tidaklah  menanyakan soalan secara terus kepada saya. Tetapi memandangkan ramai yang bertanya kepada saya tentang perkara ini, saya rasa terpanggil untuk berkongsi komen ini dengan rakan-rakan yang lain.

Komennya adalah seperti berikut:

saya sedang cari kerja part time.kawan saya ada ajak join zhulian ni..but saya jenis wa-was sal sblm no dah banyak kawan2 promote bisnes ni but hati tak terbuka nak join benda ni.so skrg 50-50 sal saya memang perlukan part time nak tampung kos hidup skrg ni. tengok bisnes zhulian ni cam best sal tak la kerja berat sngat just perlu komunikasi but saya jnis pemalu plk..

Jawapan saya:

Setiap bisnes mempunyai cabaran tersendiri, termasuklah bisnes . Walaupun biasanya rakan-rakan yang mengajak kita akan cuba meyakinkan kita dengan mengatakan bahawa bisnes ini hanya memerlukan modal yang rendah dan sangat mudah dilakukan, namun hakikatnya untuk berjaya banyak benda yang perlu dikorbankan termasuklah dari segi tenaga dan wang ringgit.

Saya tidak tahu situasi kewangan saudari. Jika saudari memang benar-benar kesempitan wang pada masa ini dan ingin menambah pendapatan dalam masa yang singkat, saya sarankan saudari mencari kerja part time yang lebih bersesuaian. Ini kerana saya risau dengan menyertai bisnes sebegini masalah kewangan saudari akan menjadi lebih teruk.

Ini kerana berdasarkan pengalaman peribadi saya, menyertai MLM memang memerlukan modal permulaan untuk mendaftar, membeli stok, mengikuti kelas dan seminar, duit minyak dan belanja tambahan untuk membuat temujanji dengan kawan2 dan sebagainya.

Tidak dinafikan ramai yang berjaya di dalam bisnes MLM walaupun mereka betul-betul kesempitan wang di peringkat awal. Tetapi mereka ini biasanya mempunyai semangat dan jati diri yang sangat tinggi dan sanggup bekerja keras. Adakah saudari tergolong di dalam golongan ini? Jika ya, saya rasa ini merupakan peluang yang baik untuk saudari.

Saya juga menggalakkan saudari menyertai bisnes ini jika saudari mempunyai sedikit modal untuk dilaburkan dan tidaklah mengharapkan pulangan yang terlalu cepat. Ini kerana menceburkan diri di dalam MLM boleh memberi banyak kebaikan terutamanya boleh membantu kita meningkatkan kemahiran komunikasi dan sebagainya. Dan memandangkan saudari seorang yang pemalu, mungkin ia sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan keyakinan diri dan menghilangkan rasa malu pada diri saudari.

Saya harap jawapan saya dapat mengurangkan kekusutan di hati IdaAzwe dan juga rakan-rakan yang sedang mengalami masalah yang sama. Saya juga sangat mengalu-alukan komen daripada para pembaca lain bagi membantu IdaAzwe membuat keputusan yang lebih tepat.

Kenapa Saya Berhenti Melakukan Bisnes Zhulian?

Hari ini saya telah membaca satu komen daripada pembaca saya iaitu Fiza Pareb seperti berikut:

Saya saja je nak tanya..sebenarnya saya terbuka email nie masa saya cari prospek tuk .saya nak tanya kenapa akak berenti?dah banyak ke modal akak kuarkan?mesti akak dah sampai tahad DIAMOND and dah dapat tabung kete..seaba tu akak berenti..sebab ramai yang saya dah jumapa sumenya mcm tu..lebih membuktikan lagi jiran saya pn mcm tu..dah dapat kete..kurang setahun terus berenti..nape ye?leh share..dan nasihat akak tuk saya yang dah join hmpir 7 bulan dan dah bermodal sndiri hmpir rm8000, dh mkn B-young tapi nak cari prospek pn susah dan x capai2 pn lg SE.sedih tak? untuk pengetahuan akak saya hampir putus asa dan pada pendapat saya bukannya menguntungkan, merugikan ada.emas lebuh..duit pn lesap..

Kerana jawapan kepada soalan ini agak panjang dan mungkin boleh dijadikan panduan kepada rakan-rakan yang lain, saya telah mengambil keputusan untuk menulis post ini instead of menjawab komen Fiza di bahagian komen.

So, nak tahu kenapa saya berhenti? Soalan cepu emas ni. Rasanya itulah jugak yang menjadi persoalan upline saya dulu.

Terdapat banyak sebab yang telah mendorong saya untuk terus berhenti daripada bisnes Zhulian. Namun begitu antara sebab yang utama adalah kerana tidak tahan dengan sikap upline yang suka memaksa dan suka mengambil kesempatan terhadap saya dan juga terhadap prospek saya di dalam bisnes Zhulian. Disebabkan sikapnya yang terlalu memaksa di dalam membuat sales, saya merasa sangat tertekan.

Maklumlah masa tu saya agak muda (saya menyertai bisnes ini semasa berumur 23 tahun), jadi saya menghormatinya dan menerima segala perlakuannya terhadap saya dan prospek saya. Namun, setelah beberapa lama saya nekad untuk berhenti kerana tidak dapat mengikuti cara yang diamalkannya dalam melakukan bisnes Zhulian.

Nasihat saya kepada yang nak melakukan bisnes, andainya anda berminat untuk melakukan sesebuah perniagaan atau apa juga bisnes yang melibatkan upline dan downline, janganlah terus mendaftar dengan orang pertama yang anda jumpa sebaliknya cari seorang leader yang anda rasa anda boleh bekerja dengannya. Jika tidak, anda pasti akan mengalami masalah di kemudian hari..

Saya bersimpati dengan nasib Fiza. Namun begitu, saya tidaklah berpandangan negatif dengan bisnes Zhulian tetapi tidak suka dengan sikap sesetengah leader yang terlalu memaksa; samada di dalam bisnes Zhulian ataupun di dalam apa juga bisnes yang berkaitan. In fact, saya juga ada mengenali dan masih berhubung dengan beberapa leader Zhulian yang bersikap positif dan sangat berjaya. Walaupun sekarang ni Fiza rasa menyesal kerana telah merugikan masa dan tenaga dan wang ringgit, percayalah suatu hari nanti Fiza akan sedar bahawa Fiza telah belajar sesuatu dan ini merupakan sebuah pengalaman yang sangat berharga.

Saya sendiri pernah merasa sangat menyesal namun mula menyedari kelebihan menyertai Zhulian kerana saya banyak belajar tentang prospecting, presentation, customer service dan pelbagai ilmu tentang sales dan marketing. Alhamdulillah, ilmu ini telah membantu menjadikan saya berjaya di dalam bisnes unit trust yang saya jalankan sekarang.

Setiap orang pasti akan mengalami kerugian, samada sedikit atau banyak, dan semasa muda ataupun tua. Jika Fiza tidak pernah rugi semasa muda, Fiza mungkin akan rugi lebih banyak pada usia tua nanti.

Anyway, jangan berputus asa untuk meningkatkan hidup Fiza. Good luck!

MLM: Baik atau Buruk?

Sebenarnya bila kita bercakap pasal ni ramai yang suka dan ramai jugak yang tak suka.

Sebenarnya saya sendiri pernah mencapai pangkat Diamond di dalam syarikat . Namun begitu, saya tidak bertahan lama. Saya juga pernah merasa sangat menyesal dan serik dengan MLM. Namun begitu, setelah hampir dua tahun berlalu saya mula nampak kebaikan-kebaikan yang telah saya dapat dengan menyertai MLM dan mula sedar bahawa MLM memberi peluang yang sangat baik cuma ia tidaklah semudah yang disangkakan.

Di bawah ini merupakan pandangan saya tentang MLM.

1. Baik jika anda menyertai sesebuah syarikat MLM untuk membeli barang dengan harga lebih murah

2. Baik jika anda ingin menambahkan kenalan yang pastinya akan terdiri daripada pelbagai golongan masyarakat

3. Baik jika anda ingin belajar meningkatkan cara berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain

4. Baik jika anda berminat di dalam bidang keusahawanan kerana usahawan adalah penjual (Businessman is salesman). Jika anda ingin menjadi seorang usahawan tetapi tidak mahu menjual, anda SILAP! Sebagai usahawan anda perlu menjual produk/perkhidmatan anda dan MLM merupakan satu cara terbaik untuk mempelajari teknik-teknik melakukan jualan dan menjadi seorang salesman yang cemerlang.

5. Baik jika anda merupakan seorang pengguna yang berpuashati dengan produk yang ditawarkan dan ingin mengesyorkannya kepada rakan-rakan dan saudara-mara.

Namun begitu, MLM akan menjadi tidak baik jika anda melakukan perkara-perkara berikut:

1. Menyertai MLM semata-mata untuk mengaut keuntungan

2. Tidak menjual produk tetapi menumpukan kepada recruiting ahli baru

3. Memujuk ahli baru mengeluarkan modal yang besar walaupun anda tidak yakin dia dapat menjual produk yang telah dibeli

4. Menggunakan teknik paksaan di dalam membuat jualan

5. Menipu tentang kelebihan sesuatu produk bagi mendapatkan sales