Category: Perkara Yang Menarik

Bila Bosan, Kita Shopping Di Mysale.My

Petang ni rasa bosan sebab suami tercinta ada urusan di tempat kerja dia.

Bila bosan, mulalah usha website Mysale.my.

Suka tengok baju-baju kat sini. Cantik dan harganya pun reasonable. Ada juga baju yang labuh dan sesuai untuk wanita muslimah.

Bukan apa, kalau pergi website lain designnya hampir sama je. Kebanyakannya adalah T-Shirt atau blause yang kurang sesuai untuk digunakan sebagai baju kerja.

Selain baju wanita, ada juga baju lelaki dan baju kanak-kanak. Kasut pun ada. Handbag pun ada. Dan toys untuk anak-anak pun ada. Semuanya pada harga diskaun yang sangat menggiurkan.

Selamat bershopping di Mysale.my! :)

Melayan Drama The Fierce Wife

Beberapa hari lepas ternampak drama yang sangat menarik bertajuk The Fierce Wife di Channel U (TV Singapore).

 

 

Kisah cinta tiga segi seorang lelaki yang mempunyai isteri yang sangat baik dengan sepupu isteri yang menumpang di rumahnya.

Kesian sangat dengan watak isterinya yang dah 10 tahun berkahwin tapi akhirnya ditinggalkan suami.

Atas dorongan kawan, dia kuatkan semangat dan akhirnya jadi wanita berjaya.

Saya memang berniat nak pulun tengok drama bersiri sejak beberapa hari ni, sebagai reward kepada diri sendiri atas kerajinan melampau di sepanjang minggu lepas. :)

Semalam saya pun cari kat internet dan terjumpa website yang ada drama ni.

Memang syok sangat ceritanya!

Semalam tidur pukul 5 pagi. Pastu bangun hantar Abang Iqbal tunggu bas. Pastu balik rumah sambung kejap. Pastu tertido. Sekarang sedang sambung balik.

Semalam sampai nangis-nangis tengok cerita ni. Sekali sekala syok jugak melayan drama macam ni.

Yang pastinya sesuai ajak suami sama-sama tengok. Supaya suami lebih hargai pengorbanan isteri dan sedar bahawa isteri adalah anugerah yang tidak ternilai.

Sesuai juga untuk mereka yang ada masalah dengan suami untuk mendapat semangat daripada semangat dan ketabahan si isteri.

Ok nak sambung lagi..

Jemput layan lagu latar drama ni..