Category: Perkara Yang Menarik
Resepi Almond London Paling Sedap
Dalam banyak-banyak resepi Almond London, yang kat bawah ni yang paling sedap.
Bila dah buat sendiri guna resepi ni, memng dah tak ingin makan Almond London lain, apatah lagi yang dijual.
Bahan-bahan:
250gm Mentega
125gm Gula Ising
100gm Tepung Jagung
200gm Tepung Hoen Kwee (Warna putih tulisan biru)
250gm Tepung Gandum
1 biji telur (pukul sedikit)
Cara-cara :
1. Pukul mentega, gula ising dan telur.
2. Masukkan semua tepung dan uli lembut.
3. Cubit tepung seadanya dan masukkan badam yang siap dibakar ke dalamnya.
4. Bakar seadanya (jangan terlalu garing)
5. Masukkan biskut yang dah dimasak ke dalam sarung.
Bahan Coklat :
330gm Coklat Masakan
2-3 sudu mentega (supaya coklat cepat cair dan bersinar)
Langkah akhir:
Cairkan coklat dengan kaedah double boiler. Guna sudu untuk letakkan coklat di atas biskut. Taburkan badam bakar.
Selamat mencuba!
p/s : Resepi atas permintaan adik..
Kak Long Siapa Yang Terlampau Ni?
Kalau anda mempunyai blog, sekali sekala saya syorkan anda lihat keyword yang dicari oleh pengunjung yang sampai ke blog anda.
Bagi saya, ia merupakan satu aktiviti rutin dan pasti menyebabkan saya ketawa sorang-sorang.
Hari ni saya ternampak keyword berikut : Kak Long Terlampau
Kak Long siapalah agaknya ni kan?
Kepada anda yang dimaksudkan, kalau kebetulan terbaca entri ni, nanti cubalah share sikit kat saya apa yang Kak Long awak dah buat tu. Curious betul saya ni.. hehehe..
